“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
9

Wanita lamar lelaki amalan terpuji..



atas restu Allah ku ingin milikimu
ku pinang kau dengan bismillah.."


 
Meminang. Salah satu tanda bahawa seseorang insan ingin mematri ikatan kepada yang lebih serius dan matang. Bila hati sudah berkenan, rombongan di hantar untuk disunting bunga di taman. Kebiasaannya, pinangan dilakukan oleh pihak lelaki. 

Tapi mungkin kita lupa, dalam lipatan riwayat Rasulullah s.a.w, Siti Khadijah yang meminang baginda dengan mewakilkan seorang lelaki untuk meminang baginda. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Zaman ini. Abad yang ke-21. Salahkah seandainya si bunga  menyunting si kumbang untuk dijadikan teman dunia dan akhirat setelah melakukan istikharah? ? Bertentangankah dengan adat nenek moyang yang dipegang? Mungkin akan 'lari' daripada adat tetapi tiada larangan dalam Islam jika si bunga melamar si kumbang. Bahkan, ia merupakan amalan terpuji. 

 Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah.

Segelintir mereka pasti akan melemparkan frasa perigi cari timba apabila keadaan ini berlaku. Namun, bila difikir-fikirkan, mereka yang melabelkan perigi mencari timba itu mungkin tidak punyai keberanian untuk memulakan langkah seperti yang diambil oleh si bunga tersebut. Sedangkan jauh di sudut hati mereka ingin mengambil langkah yang sama kerana takut kehilangan!  

Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Yang pasti, tetaplah berdoa. Tiada salah untuk mencuba.




“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.
Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.
Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

sumber



 p/s: Bismillahirahmanirahim..saya nak pinang awak untuk menjadi imam saya,err..awak sudi ?


9 comments:

Erma Nazillah said...

selalunya kita orang melayu terikut sgt dgn adat..tak salah selagi adat tu x bercanggah dr tuntutan agama..hehe..anyway,trima kasih sbb follow balik..blog ukhti ni best..input menarik..

ismi nurash said...

tula psl..adat semata-mata kn..trima ksih jugak sb sudi follow.. :)

Bulan Syurga Firdausi said...

siti khatijah :) selepas nabi Muhammad saw tahu siti khadijah nak menjadikan junjungan besar baginda sebagai suami, baginda terus menyediakan rombongan untuk pergi ke rumah siti khadijah ...Allahurabbi..
teringat lagu siti khadijah..

ismi nurash said...

subhanallah.. :)

siapaku said...

tertarik dengan entri ni. tapi saya tader keberanian nak buat camtu..hmmm

siapaku said...

tertarik dengan entri ni. tapi saya tader keberanian nak buat camtu..hmmm

ismi nurash said...

@siapaku : samalah kita..huhu..doa jela caranya.. :)

khadijah nur said...

Sy telah pun melamar setelah berkomunikasi melalui sms selama 7 bulan. Apa lah daya, lamaran sy ditolak si dia yg sy yakini mampu menjadi imam kepada saya hanya kerana belum bersedia berkomitmen.Saat ini memang hati sedih mengenangkan segala usaha yang seakan tiada kesudahannya. Hanya doa dipanjatkan semoga suatu hari dan ketika dirinya sudi melamar diri ini semula..

ismi nurash said...

sahabat, tenang & sabarlah..mungkin dia bukan yg terbaik untuk kamu..Allah tahu yg terbaik utk kita kan..la tahzan,jangan sedih2 in sha Allah akan ada insan di luar sana yg menerima saudari.. :)

Back to Top