“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
6

Sendiri itu terapi

Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? 

Zahirnya,orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani.Namun,pada hakikatnya mereka  yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya. 

Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri.

Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri,kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.

Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka. 

Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas. Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.

Kerana, dengan bersendiri seseorang  mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan hitam atau putih.

Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...

Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah s.w.t ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang ‘hilang’. 

Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.






p/s: Sepi itu indah. Subhanallah :)

6 comments:

miss yatie said...

Alhamdulillah...andai waktu sendiri kita itu, kita gunakan dengan berguna dan bermanfaat, cuma kita takutkan, waktu sendiri diabaikan..siapa pula yg rugikan?

ismi nurash said...

betul tu..:)

Anonymous said...

gunakan waktu "sendirian" ini untuk perbaiki diri..mendekatkan diri dengan Allah..:))

ismi nurash said...

mudah-mudahan :)

Miza zahra said...

betul..setuju sgt dgn entry nih..sendiri dan sepi itu indah :)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Back to Top