“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
9

'Rumah' yang terindah di dunia



Rumah Allah yang terindah di dunia. Sekadar nak berkongsi. Kalau ikutkan lain susunannya tapi ni mengikut pendapat saya sendiri (memandai je kan ubah). Sebabnya, saya rasa Masjid Nabawi & Masjidil Haram patut menjadi pendahulu sebelum masjid-masjid lain.

1. Masjidil Haram di Mekah merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah. 

I wish I'll be here,one fine day..


2. Masjid An-Nabawi di Madinah adalah fokus umat Islam pada musim Haji. Bersama dengan Masjidil Haram di Mekah, ia adalah tempat yang paling suci untuk agama Islam.

 Dari Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Rasulullah Sallallu 'alaihi Wasallam telah bersabda:
"Melakukan sekali sembahyang di dalam masjidku ( Masjidil nabawi di Madinah ) ini adalah lebih baik daripada 1 000 kali sembahyang dalam masjid yang lain melainkan Masjidil Haram."



3. Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid yang paling besar di Pakistan. Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.



4. Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina semula satu dekad kemudian. Ia di antara masjid yang paling indah di seluruh Indonesia.

Kalau tak salah nilah masjid yang teguh berdiri even dilanda tsunami..Allahuakhbar!


5. Masjid Taj Ul di Bhopal adalah di antara masjid yang paling besar di benua Asia. Ia juga diguna sebagai madarasah.


6. Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.


7. Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.

Sangat kreatif!


8. Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Malah, ia merupakan tapak di mana bandaraya kami ini 'dilahirkan'.



9. Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha.



10. Sultanahmet Camii, juga dikenali sebagai Blue Mosque, di antara masjid yang paling mashyur di Turki. Pembinaannya mengambil masa tujuh tahun, dari 1609 hingga 1616. Seni bina masjid ini dipengaruhi unsur-unsur Ottoman dan Byzantine.


sumber


p/s: masyaAllah..indahnya.. :)


9 comments:

YuNO.nYc2X said...

Bilakah peluang saya untuk ke Masijidil Haram :)

ismi nurash said...

insyaAllah..biar Allah permudahkan :)

Anonymous said...

Subhanallah.terbaikk !.thnkss paparkn.^^

ismi nurash said...

sama-sama :)

miss yatie said...

subhanallah...KY selalu ada impian untuk ke sana, InsyaAllah bila tiba masanya, Allah izinkan
dan KY setuju, masjidil Haram tempat paling utama

ismi nurash said...

mudah-mudahan Allah swt perkenankn niat kita dan memberi kelapangan serta rezeki utk sampai ke sana,aamiiin.. :)

Buku Dakwah said...

subhanallah, allahuakbar!!! gak bisa berkata apa2, rindu sekali untuk datang ke tempat2 ini

ANIA NIQIYSA said...

aamiin..insyaallah akan sampai masanya kan sahabat2. =)

ismi nurash said...

aamiiin,mudah-mudahan :)

Back to Top