“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Dr. Morsi revolusi baru Mesir



Petikan Ucapan Presiden Mesir yang baru, Dr.Muhammad Mursi :

Wahai sekalian penduduk Mesir. Kalian telah meletakkan bebanan yang cukup berat di atas belakangku. Aku bukanlah manusia terbaik untuk memegang jawatan ini... Namun aku
akan berusaha dengan sepenuh tenagaku untuk memenuhi segala janjiku. Semua rakyat mempunyai hak yang sama. Adapun bagiku tiada apa-apa hak.Yang ada hanyalah
tanggungjawab…

Bantulah aku untuk menegakkan keadilan di kalangan
kamu.Tolonglah aku selagi mana aku mentaati Allah dalam menguruskan kamu. Jika sebaliknya dan jika aku derhaka kepada Allah serta aku tidak konsisten dengan
apa yang aku janjikan, ketika itu tidak perlu lagi kalian taat kepadaku.
  
Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat.

Saya berjanji akan mengekalkan sistem republik dan mengekalkan kemerdekaan Mesir. Saya seorang daripada anda. Saya cuma takutkan Allah. Anda semua adalah sumber kuasa dan undang-undang,tiada sesiapa atau mana-mana pihak dapat mengatasinya.

      Dr Mohamed Morsi,
      Presiden Mesir
      Dataran Tahrir, 11 Syaban 1433H.






p/s: Allahuakbar..pemimpin sebeginilah yang diperlukan pada zaman yang 'sakit' ini. :)

0 comments:

Back to Top