“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts
4

Review novel : Tertulis Buat Kita




Sekalung tahniah buat novelis Dhiya Zafira di atas kelahiran buah tangan yang ke- 6,Tertulis Buat Kita aka Jimmy’s Story. Kalau dulu dalam Jauh Kau Pergi aka JKP,watak Jimmy ada di antara celah-celah Rif dan Afi. Tapi kali ni Najmi Hariri si komando yang menjadi hero di samping pelengkap hidupnya,Auni Sofina.

Bagi saya, cerita ni sangat best. Satu,jalan ceritanya lain dari yang lain. Kalau sekarang fenomena novelis menulis cerita kahwin paksa, kahwin sebab khalwat dan sebagainya. Tapi penulis TBK memilih jalan cerita yang langsung jauh dari cerita yang stereotaip. Saya puji penulis yang berani membuat kelainan pada jalan ceritanya. Jalan cerita yang tak klise.

Kedua, penulis TBK menggunakan ayat yang mudah untuk dihadam oleh pembaca. Dan saya amat suka penggunaan bahasa Inggeris dalam TBK. Simple. 

Ketiga, dah tentu warna-warni watak hero dan heroin TBK yang melengkapkan perisa dalam TBK. Kalau dalam JKP, kita hanya kenal Jimmy si Cougar yang merbahaya. Tapi melalui TBK,kita dapat kenal Jimmy dari pelbagai sisi. Jimmy yang tegas,dan tough. Tapi pada sisi lain seorang yang lembut hatinya dan juga kelakar. Kalau lelaki lain di tempat Jimmy belum tentu lelaki tersebut punyai kesabaran macam Jimmy. Sabar je walau nak kena tembak dengan isteri sendiri.

Auni Sofina. Nampak je lembut tapi sebenarnya sangat lasak. Kasih sayangnya terhadap Jeff amat mengharukan. Tetap berharap abangnya pulang. Tapi Allah lebih sayangkan Jeff. Auni, seorang wanita yang keras kepala tapi lembut di hati. 

Part yang paling best dalam TBK semasa Auni tembak Jimmy. Jimmy sempat lagi berayat manis dengan Auni. Padahal waktu tu antara hidup dan mati. Jimmy pun macam pasrah je dan sangat memahami kenapa Auni tembak dia. Tapi Auni pun sebenarnya tak sanggup nak tarik picu tu. Part paling sedih sewaktu Auni menjadi ‘tawanan’ pada suami sendiri. Masa tu, Jimmy seolah-olah dibayangi Cougar. Sangat menakutkan. Cakap pun beraku-kau. Tapi dalam hati,Jimmy pun sedih sebab layan Auni macam tu tapi itu semua untuk kebaikan Auni sendiri.

Keseluruhannya, TBK amat mengujakan kerana jalan cerita lain dari yang lain,dan watak-watak hero-heroin yang membuai rasa. Konflik pun mudah untuk difahami. Dan cerita ni buat saya rasa semakin nak tahu apa yang akan jadi selepasnya dan seterusnya. Di tambah pula dengan unsur-unsur suspens,komedi dan romantika de amor membuatkan adunan TBK menjadi sempurna dengan segala rencah rasa. Tahniah buat Dhiya Zafira. Semoga terus berkarya. 

Plus, tajuknya pun dah buatkan saya tertarik, "Tertulis Buat Kita."
 

Ni, hadiah yang saya dapat untuk tempat ke-2 peraduan Baca & Ulas by Dhiya Zafira, from Korea, terima kasih berjuta-juta lemon akak :)





0

Review novel : Takdir Itu Milik Aku


Assalamualaikum wbt..

Akhirnya,selepas tunggu punya tunggu selama 2 hari, Takdir Itu Milik Aku by Siti Rosmizah sampai jua ke tangan saya dengan izin Allah.

Pertama kali beli novel melalui online. Mula-mula tu, risau juga sebab tak pernah-pernah beli online, selalunya pergi bookstore je. Tapi kali ni,disebabkan novel ini tersangat panas macam pisang goreng yang panas dan susah nak dapatkan di area-area Terengganu ni. Ditambah lagi, sudah beberapa minggu saya usha2 novel ni di serata kedai tapi selalunya balik dengan tangan kosong.  So,online lah jawabnya. 

Takdir Itu Milik Aku. Tajuknya pun dah dramatik. Sepadanlah dengan plot-plotnya. Kisah antara si yatim piatu Dian Zara dan si angkuh Zarif Adha. Cerita ini agak sedih. Tambah-tambah,part si Dian kena pukul oleh mak sunya dan part saat Dian dihina oleh suaminya sendiri kerana mengandungkan anak yang cacat. Sumpah sedih. 

Part yang paling tragik dan yang paling saya suka ialah sewaktu Zarif accident and he is badly injured. Perut terburai. Macam nampak je perut Zarif yang terkeluar tu. But then, Dian was there. Boleh je Dian tolong si Zarif tu kan? Siap diikat perut Zarif tu dengan tudungnya. Padahal si suami tu dah hina macam-macam. Hmm..kalaulah saya di tempat Dian...wallahualam..

Tapi secara keseluruhannya, cerita ini memang best. Cerita yang boleh memberi pengajaran kepada diri sendiri. Dalam cerita ini, digambarkan orang yang menghina orang lain pasti dapat balasannya. Melalui cerita ni, orang-orang tersebut dibayar ‘cash’ oleh Allah swt. Hmm..Allah itu Maha Adil.



 Sipnosis:

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!




p/s: takdir Allah siapa yang tahu. Allahuakbar! <3
0

Terus Cintai Aku

Assalamualaikum wbt..

Hari baru,bulan baru..baru berkesempatan untuk ringankan jari update blog..alhamdulilah..syukur ku panjatkan kepada Penciptaku kerana diberi lagi nafas untuk hari ni..and boleh la update blog..tajuk entry mungkin jiwang sikit.Gadis, wanita dan novel,memang tak boleh dipisahkan(ibarat isi dengan kuku la kot). Tak kisah la novel islamik, novel cinta or else kan..Termasuklah empunya diri ni. Ni, novel terbaru yang sempat aku baca, buah tangan terbaru, Aleeya Aneesa . One of my favourite novelist.



Sinopsis: Kalau tahu sakitnya jatuh cinta, dia lebih rela memilih jatuh lubang. Kalau tahu deritanya merindu, baiklah dia pilih membenci. Hati tak parah, jiwa pun tak merana. Dia hanya Nurzalis Najwa! Kuasa sakti dia tak punya, panah arjuna pun dia tak ada. Yang dia miliki hanyalah sebuah janji.

Sayangnya saat Khilfie muncul, hatinya terbelah dua. Hendak salahkan siapa jika cinta dipegang sebelum waktunya? Setia pula tak kena pada tempat. Lantas, lupa kalau kata tak semestinya dikota. Hati orang pun bukan boleh diikat ikut suka.

Kecewa kerana cintanya tak berbalas, Zalis menjauh. Apa guna jadi permata kalau Khilfie tak mahu menjadi cincin? Hati yang luka biar dicari penawar sendiri. Namun, Khilfie bukan buta. Makin jauh Zalis lari, makin laju dia mengejar. Dia bukan bayang-bayang Zalis, kembar siam pun tidak. Tapi, dia persis gula-gula getah dalam hidup Zalis. Saat sedar matanya memandang Jaznita, hatinya hilang dicuri Zalis. Tak mungkin manusia boleh hidup tanpa hati, kan? Dan cinta... memang pelik, ditolak jauh pun tetap juga mahu mendekat.

Novel ni memang best,jalan ceritanya tak membosankan..kisah janji yang pernah terjadi ketika zaman kanak-kanak. Janji yang mungkin dianggap bodoh dan tak masuk akal sebab berlaku pada zaman hingusan..and aku pun dapat rasakan perasaan si Zalis tu macamana..mungkin aku juga menanti seseorang sebab  tu la kot dapat rasai jiwa Zalis walaupun Zalis tu hanya watak dalam novel je..tapi bagi kesan yang mendalam pada aku yang hidup di realiti ni.

Kisah Zalis dan Khilfie ni turut mengingatkan aku tentang janji-janji yang pernah terjadi. Tapi boleh ke bersandarkan hanya semata-mata pada janji? Janji yang mungkin memberi harapan pada seseorang sehingga bertahun lamanya menanti janji menjadi realiti. Begitulah setianya si Zalis menunggu Khilfie sehingga hampir 20 tahun! Perkataan janji tu sendiri yang menandakan ianya adalah janji. Janji yang mungkin melukakan mahupun membahagiakan, ia tetap janji. 

Itulah kisah janji. Tapi cerita ni memang best,tambah2 kalo ada abang macam Zafran, Zulhan & Zahfir..tak rugi beli. 

Dalil-dalil berkaitan janji:

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah kerana kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." 
(Surah al-Saff,61:2-3)

"Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, bila berkata dia dusta, bila berjanji dia mungkiri, dan bila dipercaya,dia khianat." 
(Muttafaqun Alaihi)




p/s: janji hanya tinggal janji
Back to Top