Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana
itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk
menjaga dirimu dan dirinya juga.
Untuk Adam..
Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka
berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa.
Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah
keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan
di dalam Islam.
Bisik hatiku:
Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa
cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari
dirimu tetapi mensolehahkan diriku."
Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding
dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri
'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."
Ya Allah...
Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...
Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...
Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...
Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...
3 comments:
Nice sharing.
Assalamualaikum.. Ismi, mohon share.
shibahisham : silakn :)
Post a Comment