“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
4

Alkisah katak

Sabtu lepas, berpeluang dengar ceramah dari seorang usahawan, En Firdaus. Banyak input yang berguna. Macamana nak run bisnes dan macam-macam lagi. Part yang paling best,slot-slot motivasi. Cerita-cerita motivasi yang mengujakan saya untuk berbisnes dan mengubah kehidupan. Ni antara cerita yang dikongsi. Happy reading,guys!

Di sebuah makmal, seorang pengkaji menjalankan sebuah eksperimen.

Ekperimen Pertama


Dia meletakkan air di dalam sebuah bikar. Kemudian, air ini dipanaskan menggunakan sebuah penunu bunsen hingga air itu mendidih.

Kemudian, seekor katak di campakkan ke dalam air panas itu.


Katak itu akan segera melompat keluar dan terselamat. Serta masih hidup.


Eksperimen Kedua


Dia meletakkan air di dalam sebuah bikar. Kemudian dimasukkan ais yang banyak di dalam bikar itu. Selepas itu, seekor katak dimasukkan ke dalam bikar itu.

Di sebabkan air itu sejuk. Katak itu duduk dengan tenangnya di dalam bikar itu.


Kemudian, sebuah penunu bunsen dinyalakan di bawah bikar itu. Lama kelamaan. Semua ais melebur dan air mula menjadi suam.


Tidak lama kemudian, air itu menjadi panas dan akhirnya. Ia mendidih.


Katak yang berada di dalam bikar itu mati akibat kepanasan.


 


Pengajaran


~ Katak dalam eksperimen pertama berjaya 'hidup' kerana dia telah terkejut dengan perubahan keadaan disekelilingnya. Dia melompat keluar kerana mahu merubah keadaan hidupnya pada waktu itu.

~ Katak dalam eksperimen kedua pula mati kerana katak itu berada dalam 'keadaan yang amat selesa' pada awalnya. Katak itu tidak 'sedar' perubahan sedikit demi sedikit di kawasan sekitarnya. Dia terasa 'masih selesa' dengan keadaan sekeliling.


Akhirnya, katak ini mati kepanasan kerana 'tertipu' dengan keselesaan yang di rasainya pada peringkat awal.


Kita Bukan Katak


Masalah 'selesa' ini banyak dirasai oleh kita. Sedar tak sedar, ramai di antara kita dah rasa selesa dengan apa yang kita miliki. Betul tak?



p/s: Sabda Rasulullah saw, "9/10 rezeki datangnya dari perniagaan." :)


4 comments:

Abak@Pedamba Cinta Penuh Mahabbah said...

Wah..menari cerita ni..memang dapat memberi pengajaran..

ismi nurash said...

alhamdulilah.. :)

Muhammad Firdaus Bin Kamarudin said...

Allah boleh memberi dan menarik nikmat yang diberi tanpa kita sedari pada bila-bila masa sahaja.

iremi nisces said...

Asalamu alaikum, jazakAllah khair for sharing so kind of you, learn what happens 'After Hajj'

Take Care.

Back to Top