“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Kos Mati




Kita tak tahu bila kita akan mati. Masa kita hidup, kita dah banyak menyusahkan keluarga kita dan orang lain. Jadi, mulai dari hari ini, saya syorkan anda dan saya cari duit halal dari sumber yang halal hasil titik peluh kamu sendiri ( bukan ptptn or wang biasiswa pengajian ), lebih kurang RM1000-1500.

Memang tabung khairat kematian tu ada di setiap negeri, tapi cuba kita sediakan awal-awal duit kita sendiri. Sampai mati pun nak guna duit orang.

Senarai semak kos mati kita:-

Harga kain kapan = RM60-65
Upah gali kubur = RM200-300
Urusan mandi dan mengkafan mayat = RM100-200
Kenderaan jenazah (jika perlu)= RM150-RM200
Urusan kubur dan sewa tempat mandi jenazah (jika perlu) = RM100
Sedekah pada yang hadir solat jenazah termasuk imam (jika berkemampuan) = RM10 x 50 = Rm500

Ini juga adalah persiapan awal kita menghadapi mati kita sendiri.

Bersediakah kita untuk mati? Ini persiapan teknikal je baru. Bukan bekalan amalan lagi. Amalan adalah MANDATORI atas kita untuk bawa bekal amal pahala banyak-banyak bersama ke dalam kubur.

 


p/s: ni kos mati bukan kos utk nikah.. :) 


0 comments:

Back to Top