Sendiri itu terapi
Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan?
Zahirnya,orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian
itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani.Namun,pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.
Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah
diri.
Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung
kesunyian. Kerana dengan bersendiri,kita mampu merasai kehadiranNya di sisi
kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.
Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa
gangguan dan halangan daripada mereka-mereka.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi
untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki
habluminnanas. Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana, dengan bersendiri seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang
segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali
dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan hitam atau putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa
yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah
hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim...
Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah
bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah s.w.t ciptakan
sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang ‘hilang’.
Dia biarkan kamu
yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu
kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan
kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya.
p/s: Sepi itu indah. Subhanallah :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Alhamdulillah...andai waktu sendiri kita itu, kita gunakan dengan berguna dan bermanfaat, cuma kita takutkan, waktu sendiri diabaikan..siapa pula yg rugikan?
betul tu..:)
gunakan waktu "sendirian" ini untuk perbaiki diri..mendekatkan diri dengan Allah..:))
mudah-mudahan :)
betul..setuju sgt dgn entry nih..sendiri dan sepi itu indah :)
Post a Comment