Ketahuilah~
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik
daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih
buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil
adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5.Wanita yang memberi minum susu kepada
anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada
tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
6. Wanita yang melayani dengan baik suami
yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan
tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala
seperti membebaskan 20 orang hamba.
8. Wanita yang melihat suaminya dengan
kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan
dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar
dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk
syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000
maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan
menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada
malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan
seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun
pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang
dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa
keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum
dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan
berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan
taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana
pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala
berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala
beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat
pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah
mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40
hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat
akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai
cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan
berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya
kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan
puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh
akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh
akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu
masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
Hadis nabi mengenai wanita:
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada
bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
p/s: Mujahadah itu pahit tapi jannah itu manis. Demi Allah, demi iman ;)
5 comments:
Subhanallah . . . Allah beri kepada wanita :)
ganjaran yg tiada tandingan :)
subhanallah..blog awk padat dgn info berguna...alhamdulillah... :)
Assalam & salam ukhuwah fillah,,alhamsulillah..blog awk byk info brguna..suka bca entri kt blog awk.. :)
alhamdulilah..yg baik datang dariNya :)
Post a Comment