“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Manusia bukan manusia


Manusia semakin rakus. Semakin hari semakin kejam. Semakin kering hati. Semakin pupus sifat kemanusiaan. Justeru, layakkah digelar seorang insan jika sifat-sifat kemanusiaan yang Allah kurniakan semakin menghilang. Ya, kita terlalu rakus. Rakus dalam menghukum. Kitalah seolah-olahnya hakim bagi setiap keadilan di duniawi. Sehinggakan haiwan yang tidak berdosa pun menjadi mangsa kegilaan kita. 

Nah, lihat sekeping gambar di bawah. Lihat sampai menitiskan air mata. Sangat menyayat hati,bukan? Angkara siapa, angkara spesies kita juga. Ya, angkara mereka-mereka yang semakin jauh dari perikemanusiaan. 

Kalau difikirkan isi dunia ini bukannya kepunyaan kita. Kepunyaan Dia Yang Maha berkuasa. Jadi, layakkah kita untuk menafikan hak haiwan ini? Mereka pun makhluk kepunyaan Allah. Yakni,mungkin lebih suci daripada kita. Mereka pun menghirup oksigen yang sama dengan kita. Bezanya kita dengan mereka,cuma diberi nikmat akal olehnya. Itupun, tidak kau syukuri. Tidak tercapai oleh akal untuk memikirkan mana yang baik,mana yang jahat.

Sedih, nikmat akal yang kurniakan,kau sia-siakan. Tidakkah kau fikir,dengan menganiayai haiwan pun kau turut akan dihisab di sana nanti?? Mana akal sihat mu,kawan? Aku sedih situasi ini yang acapkali berlaku. Dari selemah-lemah haiwan sehinggalah sebesar-besar ini pun kau turut menganiayai mereka. Tidakkah kau fikir, mereka juga mungkin turut mempunyai keluarga seperti kamu,anak-anak yang kelaparan menanti mereka pulang membawa sedikit makanan sebagai alas perut.






p/s: astarghfirullahalazim..gambar ini di kongsikan di fb, selamat berbuka :)




0 comments:

Back to Top