“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”

Silap seorang wanita

Ya,
silapnya seorang perempuan ialah,
bila dia percaya, maka dia terlalu percaya.
bila dia menyayangi, maka dia menyayangi sepenuh hati.
bila dia memberi, maka dia berikan segala-galanya.
kerana itulah,
bila berhadapan dengan seorang lelaki,
perempuan perlu lebih berhati-hati.
janji manis dibibir itu,
mungkin menjadi sembilu yang akan menghiris hati bertahun lamanya.
impian dan harapan indah itu,
mungkin menjadi selumbar yang melukakan.
makanya,
selagi belum pasti, jangan memberi sepenuh hati.
selagi belum memiliki dan dimiliki secara halal dan sah,
jangan memberi segala-galanya.
bila kita terlalu mudah memberi,
maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepas pergi.




Usah disalahkan pada wanita 100%. Wanita, lahiriahnya lembut, hatinya penuh kasih sayang. Penuh dengan belas kasihan. Sudah tentu dia akan meyayangi seseorang dengan sepenuh hati.

Tak usah ditunding siapa yang benar atau sebaliknya. Sebaiknya, si Hawa mahupun si Adam wajib mencintai dirinya terlebih dahulu. Don't let someone become your priority, when you're just an option for them. 
Belajarlah menyayangi makhluk dengan sederhana. Berpada-padalah menyayangi mereka. Lebihkan cinta kepada Dia Yang Satu. CintaNya teramatlah besar dan agung untuk hambaNya. Kuatkan hati. InsyaAllah,kamu akan merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan.




p/s: it's takes time :)


1 comments:

aji rizqi said...

pemujuk qalbinya baguus

Back to Top