“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Bibir senyum hati menangis..





kadang-kadang,
kita mampu menipu seisi dunia ini
selama manapun
sekuat manapun 
kita nafikan..
yang terlahir di hati
tak mungkin mampu kita hindari
sekuat manapun kita cuba bertahan
pasti langkah akan longlai jua
sekeras manapun kita cuba melupakan
pasti akan terkenang jua
dalam meniti hari..
mana mungkin bayangan 
disisihkan dalam masa satu hari
mana mungkin kenangan
dihapuskan dalam sekelip mata
melainkan Allah mengambil 
ingatan kita..
kita masih mampu lagi tersenyum bahagia
sedangkan rupa sebenar di hati
hanya Allah Yang Maha Mengetahui
serahkan hati padaNya
agar Dia bisa membentuk kembali hatimu
menangislah
andai itu mampu mengurangkan beban
sesungguhnya Dia kurniakan nikmat air mata
menangislah sebanyak mana yang diingini
tapi ingatlah
walau menangis air mata darah sekalipun
takdir Allah tetap takkan berubah.. 





Kadangkala kita selalu menghabiskan masa  dengan memikirkan seseorang yang langsung tidak pernah memikirkan kita walaupun untuk sesaat



p/s: Aku rindu. La tahzan,gadisku.. Allah ada :)
 

0 comments:

Back to Top