“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Review novel : Takdir Itu Milik Aku


Assalamualaikum wbt..

Akhirnya,selepas tunggu punya tunggu selama 2 hari, Takdir Itu Milik Aku by Siti Rosmizah sampai jua ke tangan saya dengan izin Allah.

Pertama kali beli novel melalui online. Mula-mula tu, risau juga sebab tak pernah-pernah beli online, selalunya pergi bookstore je. Tapi kali ni,disebabkan novel ini tersangat panas macam pisang goreng yang panas dan susah nak dapatkan di area-area Terengganu ni. Ditambah lagi, sudah beberapa minggu saya usha2 novel ni di serata kedai tapi selalunya balik dengan tangan kosong.  So,online lah jawabnya. 

Takdir Itu Milik Aku. Tajuknya pun dah dramatik. Sepadanlah dengan plot-plotnya. Kisah antara si yatim piatu Dian Zara dan si angkuh Zarif Adha. Cerita ini agak sedih. Tambah-tambah,part si Dian kena pukul oleh mak sunya dan part saat Dian dihina oleh suaminya sendiri kerana mengandungkan anak yang cacat. Sumpah sedih. 

Part yang paling tragik dan yang paling saya suka ialah sewaktu Zarif accident and he is badly injured. Perut terburai. Macam nampak je perut Zarif yang terkeluar tu. But then, Dian was there. Boleh je Dian tolong si Zarif tu kan? Siap diikat perut Zarif tu dengan tudungnya. Padahal si suami tu dah hina macam-macam. Hmm..kalaulah saya di tempat Dian...wallahualam..

Tapi secara keseluruhannya, cerita ini memang best. Cerita yang boleh memberi pengajaran kepada diri sendiri. Dalam cerita ini, digambarkan orang yang menghina orang lain pasti dapat balasannya. Melalui cerita ni, orang-orang tersebut dibayar ‘cash’ oleh Allah swt. Hmm..Allah itu Maha Adil.



 Sipnosis:

“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!




p/s: takdir Allah siapa yang tahu. Allahuakbar! <3

0 comments:

Back to Top