Review novel : Takdir Itu Milik Aku
Assalamualaikum wbt..
Akhirnya,selepas tunggu punya tunggu selama 2 hari, Takdir
Itu Milik Aku by Siti Rosmizah sampai jua ke tangan saya dengan izin Allah.
Pertama kali beli novel melalui online. Mula-mula tu, risau
juga sebab tak pernah-pernah beli online, selalunya pergi bookstore je. Tapi
kali ni,disebabkan novel ini tersangat panas macam pisang goreng yang panas dan susah nak
dapatkan di area-area Terengganu ni. Ditambah lagi, sudah beberapa minggu saya
usha2 novel ni di serata kedai tapi selalunya balik dengan tangan kosong. So,online lah jawabnya.
Takdir Itu Milik Aku. Tajuknya pun dah dramatik. Sepadanlah
dengan plot-plotnya. Kisah antara si yatim piatu Dian Zara dan si angkuh Zarif
Adha. Cerita ini agak sedih. Tambah-tambah,part si Dian kena pukul oleh mak
sunya dan part saat Dian dihina oleh suaminya sendiri kerana mengandungkan anak
yang cacat. Sumpah sedih.
Part yang paling tragik dan yang paling saya suka ialah
sewaktu Zarif accident and he is badly injured. Perut terburai. Macam nampak je
perut Zarif yang terkeluar tu. But then, Dian was there. Boleh je Dian tolong
si Zarif tu kan? Siap diikat perut Zarif tu dengan tudungnya. Padahal si suami
tu dah hina macam-macam. Hmm..kalaulah saya di tempat Dian...wallahualam..
Tapi secara keseluruhannya, cerita ini memang best. Cerita
yang boleh memberi pengajaran kepada diri sendiri. Dalam cerita ini,
digambarkan orang yang menghina orang lain pasti dapat balasannya. Melalui
cerita ni, orang-orang tersebut dibayar ‘cash’ oleh Allah swt. Hmm..Allah itu
Maha Adil.
Sipnosis:
“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul
muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku
saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas
kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu
tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku
rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan
kebencian yang begitu tepu di hati."
Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih
dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya.
Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk
belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.
Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak
emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya.
Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai
penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang
lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.
Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan
dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu
menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya
dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.
Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas
agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan
demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang
dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?
Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya
mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah
kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu
menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap
di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.
Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata
darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan
berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak
mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana
Takdir itu milik aku!
p/s: takdir Allah siapa yang tahu. Allahuakbar! <3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment