“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Aku dan kucing

Kucing. Antara makhluk Allah yang sangatlah comel dan berbulu-bulu halus. Bagi yang suka kucing macam saya ni, kalau nampak je kucing-kucing yang gebu-gebu dan comel,automatik terasa macam nak pegang-pegang je kucing tu kan. Saya memang pencinta kucing.
comel kan?
Kucing adalah binatang kesayangan Rasulullah saw, untunglah orang yang suka kucing sebab kamu antara orang yang Rasulullah s.a.w sayang..♥♥ Memang untung. Nama kucing Rasulullah saw ialah mueeza. Suatu ketika, sewaktu nabi hendak mengambil jubahnya,si mueeza sedang enak tidur di atas jubah baginda. Disebabkan tidak mahu menganggu lena haiwan kesayangan baginda, nabi memotong belahan lengan yang menjadi tempat si comel tu tidur.
Sewaktu balik ke rumah, si mueeza terbangun dan tunduk sujud kepada nabi. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya kepada mueeza sambil mengusap mueeza sebanyak tiga kali.
Nabi pun ada berpesan kepada sahabat agar menyayangi kucing seperti keluarga sendiri. Tu kisah nabi dan kucing baginda.
Saya pun ada kisah tersendiri dengan kucing ni. Namanya Cheq. Sebabnya,badannya yang kecil. Cheq ni kucing jantan. Saya jaga Cheq dari Cheq kecil lagi. Macam babysitter pun ada. Kebetulan pula masa tu baru habis spm. So, berkesempatanlah nak bela beliau. Sewaktu tu, saya dah mula "bercakap-cakap" dengan Cheq. Tak kisahlah orang nak cakap saya psycho ke apa. Tapi bila cakap-cakap dengan kucing,rasa macam kurang sikit beban yang ditanggung. Cheq pun bila dah menjadi kebiasaannya bercakap dengan saya,dia dah mula memberi respond kepada saya. Antaranya, kalau saya cakap yang saya sayangkannya,Cheq akan menggesel-geselkan pipinya kepada saya. Mula-mula tu,memang terkejut jugaklah,tapi lepas tu, saya selalu sebut juga yang saya sayangkannya untuk test Cheq,and he responds to me with the same way.
inilah Cheq yang kaler oren tu.


Ada suatu masa tu,saya baru je daftar kolej di Pahang. Baru je tiga hari kat kolej tu,mak saya call cakap yang Cheq rindukan saya. Siap hantar mms lagi, gambar Cheq yang tidur atas baju saya. Betullah Cheq rindu. Kan orang tua-tua selalu bagi kain or baju untuk budak-budak kecil if mereka rindukan mak diorang. Saya lagilah rindu. Rindu nak cakap-cakap dengan Cheq.
Then, selepas 2 minggu tu saya balik ke rumah. Masa saya sampai kat rumah tu dah malam. Lepas tu, saya duduklah dalam bilik menghadap laptop. Dari ekor mata saya, saya dah nampak Cheq jalan menuju je arah saya. Masa tu membelakanginya. Saya saja buat tak tahu nak tengok Cheq macamana. Then, dia datang slow-slow terus duduk atas riba saya sambil mengiau-ngiau. Macam mengadulah kiranya. Mungkin Cheq tanya ke mana saya selama ni. Haha. Saya jawab kat dia,saya pun rindukan dia. Cheq pun masa tu tenung saya dan dia buatlah aktiviti kegemaran,menggeselkan pipinya ke pipi saya. Tak lama lepas tu, Cheq ketiduran atas riba saya sampailah ke pagi.
Tapi umur Cheq tak panjang,Cheq meninggal beberapa hari sebelum raya aidilfitri 2009. Sedih jugaklah saya sebab masa tu saya ada di kampung.  Mestilah sedihkan. Huhu. 
Itulah kisah saya dan Cheq. 
p/s: mood: tengah tgk cerita "Two Brothers". Kisah pasal dua beradik harimau yang terpisah tapi bertemu balik. Sedih. :(

0 comments:

Back to Top