“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Hitam putih

Assalamualaikum wbt..bismillahirahmanirahim..


  " Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaan) kamu bahawa sesungguhnya tiap-taip kesukaran disertai kemudahan." ~ surah Insyirah (ayat 5)


Hitam dan putih, takdir Allah swt. Antara hitam dan putih kehidupan,kita pasti berharap sisi putih itu akan berkekalan buat kita. Sisi putih yang mungkin membuat kita tersenyum bahagia. Tapi siapa mampu menyangkal suratan Allah swt yang telah tertulis untuk hambaNya, Subhanallah..

Dan yang pastinya, setiap sisi gelap yang ditempuh pasti akan menemui sinar dalam kehidupan. Meskipun selama mana masa yang diambil. Bersabarlah dengan setiap cubaan yang menjengah. Dia tidak akan menguji kamu seandainya kamu tidak kuat. Dia Yang Maha Mengetahui setiap pelusuk hati hambaNya. Kuat atau rapuh. Bertabah dan bersabarlah di atas setiap ujian yang dihadiahkan buat kamu. Sesungguhnya,Allah selalu bersama dengan orang-orang yang sabar. Ikhlaskanlah hati.

Setiap insan tidak lari dari sisi hitam yang pernah dilalui. Kita diuji begitu dan begini. Yang pastinya, berbeza. Berbeza situasi, cara, dan rasa. Sisi hitam yang mungkin akan menjadi titik pengajaran untk kita atau sebaliknya. Tapi janganlah terus kita terperangkap dalam gelap kehidupan. Pasti setiap yang terjadi ada hikmahnya yang mungkin kita belum ketemuinya. Hikmah yang mungkin akan mecelikkan mata. Mencelikkan hati.

Hitam dan putih kehidupan adalah nikmat untuk kita. Jika tiada hitam, kita takkan menghargai sisi putih. Jika sisi putih masih mampu kita kecapi, sisi hitam menjadi ibu pengajaran untuk kita. Hidup ini seimbang. Hari ini kita mungkin dalam kesedihan. Esok lusa, kita mungkin tersenyum bahagia. Hari ini kita mungkin di bawah. Esok lusa kita di atas. Hitam dan putih kehidupan bukanlah suatu yang abadi. Pasti akan bergilir-gilir hadirnya. Tapi titipkanlah doa kepada Allah swt seandainya hidupmu kebahagiaan. Agar bahagia itu kamu boleh merasainya lagi. Agar kamu tidak melupakanNya saat kau bahagia. Belajarlah menghargai momen-momen bahagia yang kamu rasai. Hamparkan rasa syukurmu kepadaNya. Pasti kamu takkan kecewa.

Momen hitam,jadikan sebagai pedoman untuk kehidupan yang mendatang. Yang pasti, hadirnya sisi hitam itu untuk mengajarkan,untuk menguatkan. Bukan untuk melemahkan kamu.








p/s : hidup mesti pandang ke depan :)











 

0 comments:

Back to Top