“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Aku yang salah

Assalamualaikum wbt..




setiap pertemuan yang ditakdirkan Allah
pasti akan menemui titik perpisahan
yang pasti jika terikat perasaan antara kamu & dia
sudah tentu hati tidak merelakan perpisahan itu terjadi
mulut tak mungkin menipu kata hati
namun kita hanyalah insani yang kerdil
yang tak mungkin mampu mempersoalkan qada Allah

akan tetapi..
rasa kecewa,sakit dan pedih
takkan bersama kamu saat ini
andainya kamu tidak menaruh harapan kepada si dia
jangan salahkan dia seandainya kamu kecewa
dia juga seperti kamu
hanyalah sekerdil-kerdil ciptaanNya..

kamulah yang salah
kerana berharap padanya
kamu dianugerahkan akal fikiran
untuk menilainya
sebelum kamu terus hanyut dengan perasaan itu..
sepatutnya kamu harus peka dengan setiap butir bicaranya
setiap perilakunya,
kadang hanya untuk menjaga hatimu semata-mata
kadang hanya untuk menutup hatinya..
hati dia memang sukar ditebak..

dan kamulah yang salah
kerana berperasaan demikian terhadapnya
sewajibnya kamu perlu mencintai dirimu terlebih dahulu
bukannya dia..
yang mudah berlalu pergi menjauh..

harapan hanya tinggal harapan
impian pun makin sukar didakap
janji-janji hanya tinggal kesepian
hanya kecewa yang tinggal di relungmu
kerana kamu yang berharap padanya
sedang saat ini dia mungkin berbahagia di atas titis jernihmu
lepaskanlah dia dari hatimu
lupakanlah dia sebagaimana mudahnya dia melupakan kamu..

saat ini hatimu yang luruh berkeping-keping..
tapi ingatlah Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Adil
Allah tetap ada untuk kamu mengadu hati
hamparkan rasa cintamu yang tak bertepian itu
kepadaNya semata-mata
hanya Dia yang setia menemanimu
yang tak mungkin meninggalkanmu keseorangan
bukan seperti dia yang mudah meninggalkan
Dia yang menghitung setiap titisan itu
serahkan kepingan hatimu untuk Dia
biar selama mana masa yang diperlukan
Dia yang akan bentukkan kembali hati itu
Dia yang merawat kamu yang terluka..
hanya Dia,Rabbul Izzati..
La tahzan,innallahama a'na
Allah,Allah,Allah..



p/s: memang aku yang salah berharap pada dia, dengan angan menjadi halal untukku tapi takdir Allah siapa yang mampu menepisnya sudah tersurat aku redha..Allahuakbhar!











0 comments:

Back to Top