“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Soalan yang ngak bisa gue jawab

Alhamdulilah..Dengan izin Allah, saya sempat ke walimah kawan lama masa belajar di SMKC dulu. Classmate, roommate  semasa form3 dulu. Teringat lagi sewaktu dulu-dulu,kami selalu "menggila" sama-sama. Banyak momen manis masa tu. Joined kawad kaki sampai hitam legam muka. Tapi berbaloi-baloi. Sebab tulah first time saya mewakili Terengganu untuk pertandingan kawad kaki NGO. 

Rasa macam baru semalam je kami berkawad sama-sama. Tapi hari ni kawan saya ni dah bertukar status. Dari bujang ke kahwin. Dari seorang wanita kepada seorang isteri. Kalau dulu seorang diri,sekarang dah berdua. Untunglah kan bagi yang kahwin ni. Kahwin kan sunnah Rasulullah s.a.w. Baguslah bagi sesiapa yang diberi kelapangan untuk bernikah kerana mereka seolah-olah telah menyempurnakan separuh dari agama mereka.

Alhamdulilah, dengan sekali lafaz sahaja,kawan saya sah bergelar isteri kepada Adamnya. Semalam,masa makan tu kami borak-borak lah pasal kehidupan masing-masing sampailah saya diajukan soalan ni..
"...dah,kamu bila nak kahwin?"

Gulp! Terasa kesat liur yang ditelan. Kunyahan nasi pun terhenti masa tu. Memang saya dah agak soalan cepu cemas ni pasti akan ditanya oleh si kawan saya ni.Bukan takat kawan sahaja, bahkan mak sedara pun ada berkias-kias tentang ni. Saya senyum je sebagai jawapannya. Sebabnya dah tentulah saya tak punya jawapan untuk soalan itu. Lainlah kalau saya ni ahli nujum, boleh tahu serba-serbi. Nujum-nujum ni haram. Frankly speaking, saya sedikit rimas bila orang ajukan pasal kahwin ni. Sebab ada cerita yang tersendiri di baliknya. Yang pasti bukanlah menggembirakan. Yang pasti akan mengingatkan saya tentang seseorang dan janji-janji.

Tapi dah duk cerita pasal kahwin ni, teringat jugaklah betapa tingginya dulu angan-angan saya untuk menjadi Hawa buat si dia. Tingginya impian saya untuk disatukan dengan ijab kabul dengan beliau. Masa tu saya rasa saya benar-benar bersedia untuk menukar status saya. Macam-macam yang direncanakan tapi yang berlaku tidak seperti yang saya dambakan. Sudah tersurat,saya akur dengan kehendak takdir. Rencana Allah tu lebih baik kan. Hmm..Pernah sesekali, sepasang mata ni seakan-akan melihat saya dan dia di pelamin. Ya,saya tahu, itu cuma anganan saya. Harapan yang dulunya saya peluk erat,kini pudar jua.

Walaupun sesukar mana saya tahu saya mesti lawan perkataan ini,kecewa. Kalau tak,lingkup hidup saya dibuatnya. Terus gelaplah hidup saya gamaknya. Alhamdulilah dengan izin Allah,hati dan jiwa saya tenang tanpa gangguan. Tetapi harus di akur sesekali, saya tentu akan teringat jua. Tipulahkan kalau tak ingat langsung. Tapi ada je orang mudah melupakan kan? Bisa melupain dalam waktu sehari. 


doodle spesel untuk eyla :)




p/s: selamat pengantin baru,eyla & suami. Moga Allah memberkati kalian. Barakallah,<3

0 comments:

Back to Top