Bismillahirahmanirahim..
Salam 1 Sya'ban 1433h. Akhirnya, Rejab berlalu melabuhkan tirainya. Yang pasti tentu terselit pelbagai warna cerita dalam bulan Rejab bagi seseorang individu. Manis atau sebaliknya. Ustaz masa sekolah dulu pernah bagitahu, dalam bulan Islam, tanda berakhirnya sesuatu hari ialah pada waktu maghrib.
Sya'ban. Means, dah hampir pertengahan tahun 2012. Sekejap je masa berlalu. Masa yang pastinya takkan menunggu kita. Sekarang,syabaan. Bermakna lebih kurang 30 hari lagi bulan yang dinanti-nanti oleh umat Islam,Ramadhan.Sya'ban
ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri
dari dosa. Tapi belum tentu kita akan mengecapi nikmat puasa seperti tahun yang sudah. Sebab ajal maut pasti menjemput bila-bila masa.
Tapi,Allah sayangkan kita. Diperintahkan kita untuk berdoa agar kita dipanjangkan lagi nikmat umur supaya kita dapat bertemu dengan Ramadhan.
See? Betapa sayangnya Allah swt kepada kita. Diberi kita peluang dan ruang untuk berdoa.
Antara kelebihan Sya'ban:
1. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud,
Barangsiapa
berpuasa sehari dalam bulan Sya'ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka.
Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala
oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan
dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari
kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah
akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.
2. Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud,
Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan
Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Sya'ban, akan mendapat
pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia
mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid.
3. Seterusnya
bulan Sya'ban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman
akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar,
Rasul S.A.W bersabda bermaksud,
Dalam solat lima waktu yang doanya tidak
ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam
pertengahan bulan Sya'ban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya
Aidilfitri dan Aidiladha.
|
untunglah sape-sape yang dpt pegi stadium PJ mlm ni |
p/s: Moga bermanfaat. Doa sampai lebam :)
0 comments:
Post a Comment