“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
2

Perpisahan ini terlalu menyakitkan

Seiring waktu berlalu tangis tawa di nafasku 
Hitam putih di hidupku jalani takdirku
Tiada satu tersembunyi, tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi Engkaulah saksinya..



Perpisahan sungguhpun mudah disebutkan di bibir insan, tetapi ternyata ia keadaan paling sukar dihadapi dengan tenang.  Tiada manusia yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan.  Mana ada manusia yang mahu kebahagiaannya hilang.  Namun, kita perlu sedar bahawa kehidupan bukanlah seperti apa yang kita bayangkan.  Di saat pertemuanmu dengan seseorang, persiapkan diri menghadapi perpisahan dengannya suatu hari nanti.

Ya Allah.. 
jika benar dia bukan milikku..
jauhkanlah dia dari relung hatiku..
Ya Allah.. 
jika benar bukan aku insan yg dirinduinya..
buangkanlah namanya yg telah terpahat di hatiku..
Ya Allah..
jika benar dia bukan untukku..
jauhkanlah hatiku dari merinduinya..
Ya Allah..
hilangkanlah rasa sakit ini..
hilangkanlah perasaan untuk dia..
Ya Allah..
tuntunlah hatiku dalam menghapuskan rasa kecewa ini..
titipkanlah ketabahan buatku agar titis jernih bisa berhenti..
dan kumohon apa yang terbaik untukku..

SEKUAT mana saya SETIA...
SEHEBAT mana saya MERANCANG...
SEJAUH mana saya MENUNGGU...
SEKERAS mana saya BERSABAR...
SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK...


Jika Allah tidak menulis jodoh kita bersama..kita tetap tidak akan bersama..tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang..dan sebaik baik yang merancang itu adalah Allah s.w.t., maha perancang segalanya.




 
Susahkan utk melupakan org yang disayang walaupun sebenarnya kita sudah tidak diperlukannya lagi dan menjadi org yang paling dibenci kini. Namun begitu, di hati ini sukar melupakan segala kenangan yg telah kita lalui bersama. Apa-apapun terima kasih di atas segalanya. Pengalaman yang diberi, cukup berharga. ^_^


Tetapi jangan gundah dan jangan hancur dalam kesedihan.  Kita masih ada peluang untuk bertemunya lagi.  Masih ada!  Iaitu di alam abadi.  Di tempat yang tidak akan ada lagi perpisahan ke dua kali.  Kerana itu kita perlu saling menasihati dan saling memperbaiki diri, semoga Allah kumpulkan kita sekali lagi di sana nanti.  Bertaqwalah kepada Allah, nanti Allah akan cukupkan kita dengan segala kurniaanNya.


p/s: hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Kuatlah hati (^__^)

2 comments:

hidayana hsn said...

salam , seriusly sedih sngat kan bila kita ditnggalkan , be strong , allah ada di sisi kita . lupakan dia biar dia jadi masa silam kita dan jangan biarkan ia datang kembali dan menjadi masa depan kita :)

hidayana hsn said...

ya memg sedih bla kita ditnggalkn dgn org yg kita syg , smoga tabah menghadapi , biarkan dia jadi masa silam kita jangan biarkan dia menjadi masa depan kita .

Back to Top