“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
5

Pedas tapi benar

Nasihat dari the real Imam Muda. Ustaz Zakuan a.k.a Ibnu Batoota yang dah merantau ke segenap pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya masih remaja.
------
Nasihat beliau buat semua Muslimat:-
"Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya?

Sudah hilang kekuatan hati?

Sudah hilang ketabahannya?


Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas, cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik-gedik bila lelaki cuit.

Maka aku pun mengambil langkah untnk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah!

Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, lelaki soleh untnk perempuan solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain...

"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"

Walaupun (di fb) bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;

Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik...
Ngurat sikit, dah sangkut....
Ajak couple sikit, terus setuju...
Lepas tu, putus cinta,meleleh2...
Ada masalah sikit, doa nak mati..
Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia...
Exam failed, kata taknak hidup lagi...
Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu...
Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram...

Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?

Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, Maryam dan ramai lagi diagung-agungkan kalian. Tapi apa kalian kenal siapa mereka? Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? Ikut sikap dan akhlak mereka?

Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH...
Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untnk bangun dari tidur, untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki, jangan jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, jangan kapel free2 macam bohsia, jangan dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga...

Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (au kama qaal), jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri, maka separuh agamanya telah sempurna...

Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya separuh dari agama?

----
"Subhanallah"
 
 
 
Wahai wanita! tahukah anda?
 
Menawarkn diri (utk dikahwini) kpd lelaki yg diyakini boleh membimbing dirimu adalah SUNNAH TAKRIRI DAN DIHUKUM SUNAT...tidak ada celaan kpd wnita mulia begitu kerana mereka sgt mulia krana risaukn agama mreka.
 
Sunnah takriri = sunnah yg nabi x buat tp diakui baik oleh Baginda Nabi SAW.
 
 
p/s: note for myself also. Nak try juga buat sunnah takriri..hmm.. :)


5 comments:

unsecretostory said...

Agak terkesan entry nie . Mohon share yea :)
Thanks for de sharing .

Anonymous said...

mmg ramai pmpuan yang mcm ni.hal yg dia alami kecil je kdg2, tp dah anggap itu satu musibah. saya percaya itu terjadi kerana fikirannya sempit. dia tidak memandang banyak lagi nikmat Allah yang dia tak sedari berada di sekelilingnya, melainkan dia hanya memandang kisah hidup yg secalit itu. akhirnya, bersedihlah dia bertahun-tahun..makan hati berulam jantung..akibat pilihannya sendiri..

ismi nurash said...

unsecretostory : silakan :)

anonymous : benar tu,pilihan yang mungkin akan merosakkan diri sendiri..

ANIA NIQIYSA said...

ayat2 yang sangat tegas..suke =)

ANIA NIQIYSA said...

ayat yang sgt tegas..suke ,jom buat sunnah tariri

Back to Top