Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal
kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu
hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37
batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah
dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga
berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul
paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari,
dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok
tersebut dan berkata :
“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah
kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama
seperti ini.
Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih
dari luka fizikal.”
p/s: begitu juga dengan dosa yang dilakukan,pasti akan meninggalkan kesan.. :)
5 comments:
nak tumpang share boleh??? :)
Asalamu alaikum,
JazakAllah khair for sharing..
Latest post, Learn what to do on The Night Preceding Eid-ul-Fitr
Take Care
Eid Mubarak.
salam...suke sgat penulisan awak...hehe...awk org ganu ea?samelah kite...done fllow awk..fllow sy blik taw>.<..http://comey-comeyblog.blogspot.com/
cikgu taji : boleh2..silakan..
iremi nisces: eid mubarak :)
nabila: wsalam..a'ah,ganu kite..hehe terima kasih :)
Post a Comment