"Ada pun, yang paling dekat dengan seseorang manusia itu ialah kematian."
Mati. Suatu kepastian bagi setiap makhluk yang diberi pinjaman nyawa oleh Allah swt. Allah swt telah berjanji bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Entah bila dan bagaimana sekalian umat tersebut mati,wallahualam. Bezanya ada yang mati muda,mati sewaktu tua,sewaktu bayi dan tentulah berbeza keadaannya. Ada yang syahid, ada yang tidak sempat meraikan Syawal, ada yang begitu dan ada yang begini. Hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui. Dan tentunya, Allah mengutuskan Malaikat maut untuk mejenguk kita 70 kali dalam sehari. Bersediakah kita? Apakah cukup iman di dada untuk dibawa sebagai bekalan?
Firman Allah swt:
Tapi Allah tak sebut pula bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai JODOH. Jodoh suatu perkara yang acapkali disebut-sebut bahkan sering dibicarakan. Allah swt ciptakan setiap suatu perkara itu berpasangan. Siang pasangannya malam, gembira temannya sedih. Cincin pasangannya permata. Hidup pasangannya mati. Manusia pun diciptakan berpasangan. Sudah termaktub di loh mahfuz siapakah pasangan kita seawal kita berusia 4 bulan di dalam rahim si ibu. Allahuakbar! Begitu besarnya kuasa Allah.
Mati itu seperti bayang-bayang diri kita sendiri. Yang tetap akan mengekori kita kemana jua. Mana mungkin kita 'berpisah' dengan mati.
p/s: mati...
4 comments:
Betul, mati itu lebih pasti dari jodoh. ;)
Saya suka dengar lagu Far East nih! ;)
samalah kita,liriknya memang menyentuh kan :)
seringkali kita teringat bahawa jodoh itu ditangan Allah, terkadang lupa bahawa ajal maut juga adalah rahsia Allah yg tiada sesiapa dpt rungkaikan...moga nafas kita diakhiri dgn iman dihati...insyaAllah.
ce dgr lagu nih...best gak :)
http://www.youtube.com/watch?v=en9m-quI6kg
so true..jodoh belum tentu,tapi mati sudah tentu.. :)
Post a Comment