“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Ku Cari Damai Di Hati

Assalamualaikum. .

Entah kenapa..makin hari..aku rasa makin pudar ketenangan yang bertapak di hati..aku rasa gelisah yang amat sangat..ntah..tak taw nk describe macam maner..nak kata sedih,sedih la jugak, ep pon ade jugak yang terselit..rindu?? hmm..banyak kot..!! Rindu mak abah,adek2 n sume kuceng..plus, kat orang tu..

Rindu itu adalah...

Anugerah dari ALLAH,

Insan berhati nurani punyai rasa rindu.
Rindu pada kedamaian,
Rindu pada ketenangan,
Rindu kesejahteraan dan juga kebahagian..
Dan seluruh umat itu 
merindukan cahaya yang menyinari kehidupan...

Aku rindu kamu.. 
Rindu yang dalam.. 
Rindu dalam bayang bayangku sendiri.. 
Aku rindu akan kamu.. 
Satu wajah yang selalu membuat hatiku menangis.. 
Satu rasa yang tak pernah aku lupa.. 
Rindunya akan kenangan lalu.. 
Rindunya pada kenangan.. 
Rindu kamu yang dulu.. 
Rindu pada masa kita bahagia.. 
Rindunya pada masa yang lama.. 
Aku rindu kamu.. 
Sungguh..
 Rindu kamu yang amat sangat
 Ya Rabbi..bagilah aku kekuatan+ketenangan
Aku tak mampu menghapus bayangnya
yang hadir di setiap benakku..

Hati ini sudah hilang bentuk
kerana terlalu banyak luka diam di situ.. 
Janganlah kau tanya kenapa.. 
Aku tak perlukan apa2 penjelasan dan alasan.. 
Entahlah.. 
Aku tak tahu apa yg aku rasakan kini.. 
Yang nyata, aku benar2 terluka.. 
Janganlah kau mengganggu ketenanganku.. 
Aku hanya ingin bersendiri utk mngubati luka ini..



ada rindu di sudut hati..



Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.



  

Ya Allah... 
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku tercipta buatku dekatkanlah ia padaku 
titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi 


 Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih seiringkanlah kami melayari hidup luar ini ketepian yang sejahtera 


tetapi Ya Allah... Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku
 bawalah ia jauh dari pandanganku luput dari ingatan ku 
dan peliharalah diriku dari kecewa 


 Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti 
berilah aku kekuatan melontar bayangnya ke dada langit silang 
bersama senja merah dan gelap pekat awan 
agar ku bisa bahagia walau tanpa dirinya

dan Ya Allah Tercinta..
 gantikanlah yang telah hilang tumbuhkanlah kembali yang telah patah
 meski tiadakan sama dengan dirinya...

Ya Allah Ya Tuhanku 
pasrahkanlah aku dengan KetentuanMu 
Sesungguhnya Takdir Mu itu yang terbaik buatku 
kerana Engkau Tuhanku itu yang terbaik buatku Yang Maha Mengetahui Segala..
.
 Cukuplah Engkau sahaja menjadi Pemeliharaku di Dunia dan Akhirat 
dengarlah rintihan daripada hambamu yang daif ini 
Sesungguhnya aku tidak kuat melawan nafsuku sendiri 
janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini hingga akhirat 
Menjerumuskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran 


Maka, kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman 
membimbingku ke jalan yang Engkau redhai 
dan kurniakanlah kepada ku keturunan yang soleh.... amin!




Akal adalah menteri, rajanya ialah hati. .



0

Baik-Baik Sayang. .

Salam..

a very unforgotable+memorable song for me.. give a thousands meaning..lagu yang mempunyai maksudnya tersendiri and also like a curahan rasaku pada si dia melalui lagu nie..huhu..*(buat aku rindu pada kenangan lalu)..buat aku teringat kat dia..feel it..baik-baik dear..(^__^)







Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku







cik gemuk & cik bulat




p/s: aku rindu dia..

Tertunangnya Aku Dengan Dia Bila. .

Salam...

aku tau pasal nie dah banyak dipostkan oleh kebanyakkan blogger..tapi aku post nie sekadar untuk pengetahuan saje..aku pon tadi baru jew tengok vid. clip slh seorang ustaz sal tunang nie..huhu..

dah bertunang rupanya..

Belive it or not, kita boleh "tertunang dengan seseorang" tanpa kiat sedar..Yes! Bila seorang lelaki, berhasrat untuk mengambil seorang perempuan sebagai isterinya. that's the normal thing..tapi ada yang antara kita tak tau yang kita mungkin dah "bertunang dengan seseorang" even tidak melibatkan kedua2 belah pihak..is it an engagement or what?? konfius eh? let me clarify..

Meminang dari segi hukum fiqah, bererti pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin pada pihak perempuan. Itu dipanggil pinang. Bila perempuan menjawab setuju, maka jadilah perempuan itu tunang laki tersebut.

Situasi yang dianggap pinangan:

“Aku nak jadikan kamu sebagai isteriku”
“Kahwinlah dengan kita bila2″

Bila si perempuan bersetuju, dia akan jadi tunang. Sama ada bercakap dalam telefon or sms, tetap dah jadi tunang.

Contoh:
Bf korang sebut dalam telefon, “I nak jadikan u isteri I lah” or "Abg nak kawin dengan syg.."

then, korang pun jawab, ”I sukalah, I setujulah, oraitt I’m fine, oklah, I redha” atau apa2 yang menunjukkan dia suka dengan “pinangan” lelaki tersebut, maka ia sudah dianggap bertunang.

Jadi, bila dia dah jadi tunang orang tanpa sedar, bila ada lelaki yang meminang, hukumnya haram..

Kebiasaannya, dalam adat Melayu,pertunangan dilakukan dengan menghantar rombongan meminang oleh si laki-laki ke rumah si perempuan. , tapi ianya sekadar adat sahaja bukan dari segi syarak pun..tapi di sisi Islam, ianya sudah dikira sebagai bertunang..

But then,persoalan ialah bila Ibu bapa tiada.

Mengikut hukum syarak, kalau perempuan itu sudah diizin pada syarak.

Sebagai contoh, perempuan yang cerdik, yang sudah baligh, yang boleh berfikir,dia sudah dianggap bertunang.
Bila perempuan tu tidak menepati hukum syarak tersebut, contoh belum baligh(maybe baru standard3), perempuan tu bodoh(tak boleh berfikir), gila, dan sebagainya, maka walinya diperlukan untuk menjawab “pinangan” tersebut..

Begitulah kisahnya tertunangnya kita dengan seseorang..honestly, masa aku dapat taw sal nie..memang terkezzzuuut la aku..yela, sedar tak sedar aku dah jadi "tunang" orang..hahah..adalah lam dua tahun kot kami bertunang..tapi jodoh kami tak panjang and then, aku pon nampak gayannya bukan sekadar putus kasih tapi  "putus tunang"..wallahualam....


0

Jodoh

Assalamualaikum..salam penuh kasih sayang..

Alhamdulilah,aku masih lagik sempat solat subuh and maseh bernyawa lagik..ingatkan nk jogging tapi kat luar tuh tapi tetiba aku dengar bunyi macam2 binatang ade..*(kolej aku nie antik).. kurr semangat aku yang berkobar-kobar tadi..yela, aku ingatkan nk burn the fat and kasi brpeluh sikit..hmm..tapi kan haiwan pon reti bangun pagi2,cari rezeki..org tua aku selalu pesan,

"bangun mesti pagi2,if tidak rezeki susah nak masuk.."

memang betol pon pew yang dorang bagitau tu..sebab aku pernah alaminya..satu pagi tuh,aku terlewat bangun around kul9 gitu la..sebab keletihan tahap dewa la..then, pagi tuh ayah aku tak kejutkan aku bangun even dah lewat..hahaha..tapi on that time, aku dengar la bunyik keta ayah aku..ayah aku kuar g breakfast dengan adik aku..so,melepas la aku sebab terlewat bangun..mungkin memang dah bukan rezeki aku kot nak pekena roti bawang on dat time..tapi xpela..hahaa..*(papepon,anak abah nie dah bangun awal la lately nie)..tu from experience aku la..

Jodoh pun rezeki Allah jugak kan, setiap org dah diciptakan berpasang-pasangan sejak azali..tapi we need to find it..sume orang nak jodoh yang baik2 jew..tipu lah if ade yang nak yang jahat or buruk2...semua ada sistem piawaian sendiri kan2..including me..kata org, 

"naluri kita boleh rase if dia tu jodoh kita atau tidak.."



aku pon x sure..and betol ker if kita buat solat istikharah mintak petunjuk sal hubungan ko dgn dia, then naluri korang dapat rasakan yang korang perlu bersama dgn dia,aku just nak taw tu ke petanda bahawa dia tu adlah jodoh kita or sebaliknya? tapi macam mana if bila kita dah cintan tahap separuh jiwa, tetiba dia tinggalkan kita?? tak ke haru namanya..yela,mungkin kita pk yang dia tu jodoh kita but at last,kita ditinggalkan oleh dia..mungkin die bukan jodoh kita kot..


memang sakit jiwa+geram sgt2 kan if kita harapkan someone,but at last he or she left you..slumber badak jew tinggalkan kita.. sape tak sedih and frust..ntahla, aku pon x expert sgt bab2 love nie..cinta tu sgt universal..setiap org ade tafsiran sendiri sal cinta kan..cakap sal love2 nie,sampai besok pon tak abis..mungkin benar dia bukan jodoh kamu kot..and mungkin tu yang terbest untuk hidup kita,kita sendiri pon tak tahu..hanya Dia Yang Maha Mengetahui..


   memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

  memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
  
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia mungkin bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

  memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,*(termasuk aku la nie) 
fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. 
Gapailah keredhaan ALLAH..setiap yg berlaku ade hikmahNYA..
percayalah sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..tabahkan hati even ianya sangat menyakitkan jiwa kita..


Kadangkala Allah patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita... Dia kecewakan hati kita untuk jadikan kita lebih sempurna.. Dia kirimkan kesakitan supaya kita jadi lebih tabah..Dia berikan kegagalan supaya kita lebih rendah diri.. Dia turunkan kita penyakit supaya kita lebih menghargai diri sendiri dan kadangkala Allah ambil segala yang kita sayang, supaya kita lebih menghargai segala nikmat Allah...Allah knows the best for us.. (^__^)

p/s: note for myself also..





0

Broken Heart Never Mends

ahlan wassalam, bon jour. .
     
after saw my friend was struggling from broke up with her bf,it's came to my mind to wrote about it..it's really3 sad+painful thing when we've been hurt by someone u that love most..the reason that he leave u is maybe about the 3rd person, or maybe because of he doesn't love u at all or anything else..how could they broke ur heart into pieces?? but then, u still love them..Why did your ex lie that everything will be ok?? they doesn't know how the pain is, they simply said that it's a fate and open ur heart to accept it but they don't even know that broken heart doesn't get repaired easily..it takes time to heal it..to get over the pain. .

i'm also face the same situation before this and it cut me like a knife because I'm never felt this way before..and everything i did it reminds me of the past..I'm in this condition and I've got all the symptoms of a girl with a broken heart..i might be happy but anyone doesn't know the inside of me..it's pain of separation..but everything happens have their own reason..i believe in karma..what's goes around,comes around..maybe we met the wrong person before we found our mr/mrs. right..only He know why its happened..even it's really hard to get through, u must wake up from the pain..not let yourself down because of it..

"I smile whenever I think of you,It becomes so hard on me..
I cry whenever I think of you ..I’m scared of everything.."

i knew it's difficult but at least u try it.."love yourself first before others.."(*sigh). .broken heart never mends..note for myself also..maybe he wasn't meant for me..i accept that even it's really hard at first.. I guess has been one great torture for my emotion. why I must sad because of him??he might be happy if he know that..never despair and lose hope,it's just another picture to burn..i'm closing the doors and get over it.. i'm not find a man,but i'm find a true love..(^__^)



  




0

Bestnya Jadi Baby. .

 salam. .kabare??aku waras jew..hahaha

kadang2 if duk saje2 tuh,
pernah jugak terfikir
bestnyer if dpt jadi baby lagi..
yela..
xyah pk pasal pape lam dunia nih..
idup pon xde problemo..

hmm..
tp lain la if baby yg ade saket2 
or baby yg jadi mangsa kerakusan manusia
kesian kan kecik2 ade saket yg kronik2
belum sempat nikmati dunia nie
dah sampai ajalnya
tp tu sume ketentuan Allah

untung jadi baby,
sume org ske
and nk pegang+dukung dorang..
ciap dpt free kiss lagi baby tuh..ahahah 

org dewasa nie ade yg org ske n tak ske..
biasela lumrah dunia 
ade cinta,sayang,rindu and benci..
seorang baby yg kecik takkan rase 
macam mane peritnya bila kecewa or sakit hati..
yela, 
baby mana pandai nk marah2 org or sakit ati kt org nie..
untungnya jadi baby. . .

yang dorang tau
just nangis time lapar or pampers full..huhu..
tp sume baby akn jd dewasa kelak 
and akan lalui ape yg org dewasa lalui.. 
sedih+gembira+kecewa+sakit hati+jatuh cinta n sumenya..
sume 2 mematangkan sorang baby untuk jd lebih dewasa..

tp kn kdg2 lebih baik jadi baby..
bukan pew,  
sometimes skinned knees are easier to fix than broken heart! 

tula, 
ibu dah pesan 
jangan berani main cintan-cintun..
if frust,menangis tak berlagu la jawabnya..
pesan ibu lagi, 
study tinggi2 dulu baru bole pk sal pakwe makwe nie..

tp kan nk wt camner
ble hati diketuk seseorang 
kita pun mula berani untuk membuka pintunya..
 lagipun,
cinta tu hadir tanpa sedar..*poyo jew ayt aku(bsela,org berpengalaman kn). .

if jadi baby, 
xyah nk serabut pk sal problem2 lam idup nie kn..
adooi..hmm..

tp if kita tak tempuhi sesuatu perkara 
such as frustrating dan sewaktunya,
kita takkan tahu bagaimana rasanya frust itu.. 
best kew frust?? sakit sgt kew??..

tapi honestly bagi aku
jd dewasa pun best gle la..
coz everyday we get through to the new thing. .

even banyak dugaan
yang bole mematahkan semangat
life must go on
and everything happen have their own reasons. .
and maybe
we're the chosen one by Him to get through it..
sebab mungkin Dia tahu kita mampu 'tuk laluinya..
wallahualam..











0

Standing Alone

I can see the flower upon which my life grows, 
blooming into a rose.

See the hope 
and courage in the strength of the petals.
As long as I am, I will be.
The flower will never wilt or die.
As my life grows back, 
I shall become strong.
I shall become only dependent on one.
That one will be me.
I will rise with my petals high.
My life as a flower will bloom 
and prosper as I grow.
I may not be the pick of the patch, 
but I am just as beautiful as the rest.

I will stand as one, but not a lonely soul.
The tears will be far from my smile.
 
 
 
 
 
 
 
0

4a+megi+ujan=mpcim . . .

salam..aku tak tw nk update sal ape..kn trsalah update ade yg terasa plak kan3..adoiii..*sape mkn lada die yg trasa pedas ye!arini aku bangun awal gler..misi utama is nak rebut kelas..kah3..yela, if lambat xdpt desire class n tercicir dgn geng2 aku..lgpun, mpcim aku nie antik tak mcm ipt korang kn..tp best gak main tolak2 tadi, berhimpit2 kalah naik bas yg full..huhu..teraba2 or terpegang tuh, dah xkesah yang penting dpt class..*naseb baik bkn aku. .gle kan..hahahah..akhirnya,dgn penat lelah aku duk tunggu cam tiang letrik, aku dpt gak class 4a..hahahah..next week dh start class..seram sejuk aku..yela, subject sumeny tough2 cm bdn john cena.
hmm..hmm..ari ke2 aku da blek dgn mknan ruji ak kt cni..mkn megi tomyam time ujan2..pergh!! skali aku hirup,abes sume..*pelahap sebab lapo bebeno,xsenonoh kn..wah...gerimis masih membasahi bumi mpcim..huhu..sejuk ketor aku malam2 gni..nak sentuh air pun takot..huhahu..ntah,tak tw nk karut pew lg..lgpn, speak is silver silent is golden *aku pon xsure btol tak nie 
i wanna grab da gold..heee~ stop la dlu ye, papai!! (^___^)




*saje nk bg korang terliur
0

Appreciate What We Have . .

lumrah manusia di dunia nie..
jarang menghargai ape yang ade di sekelilingnye. . 
even dia tak perfect
kita patut hargainya dengan seadanya
sebab nobody is perfect in this world..
and mungkin
kita takkan jumpa yang sebaik dia 
even ada lagi yang lebih baik..
time ada di depan mata
buat dek jew..
nak tengok sebelah mata pun tak lalu ..
bila dah tak ada..
barula tercari-cari..
masa tu la..
berputiknya penyesalan yang bertimpa2..
menangis air mata darah sekalipun pun tak de gunanya lagi . .
tak kira yg berpisah hidup or mati,
yang pergi tetap akan pergi
dan tak mungkin akan kembali lagi . .
and what u gaved..
u'll get back..
either it is good or bad..
this world is sphere..
what's goes around comes around..
so, appreciate people that you have..
we should be thankful
because we have them..









p/s: note for myself also, appreciate everyone..
0

One Day

Ahlan Wassalam..kabare??
alhamdulilah..aku sehat2 saja,hopefully sumenyer sehad2 ye..hmm..nk dekat dh, die nk sampai dh..dia dh panggil2 aku dah..ape yang dkat?ape yang nak sampai tuh??..xderla, cuti dh nk abes dh..uffhh..kejap jew rasenya cuti..pejam celik pejam celik..dh nk abes..x silap aku, dak2 ipt lain dh blek kampus dorg arini..so, slmt kembali ke kuliah+kampus ye!! lusa aku plak naik "flight" blek kampus..huhu..flight la sangat kan..(koya lebih ekpun)...takpe,sekali sekala jek..bukan sokmo..huhahu..den rindu kt teman2 den kt sano..yela, dorang la yg selalu di samping aku time2 aku sedih+gumbira..yg selalu support aku..tengs ye,kawan!! zaza, meen, jie, tqah n zai..ten u ye..sayams korang..kite kwn smpai ble2 k..


0

Hilang

hilang semua janji
semua mimpi-mimpi indah
hancur hati ini melihat semua ini

 
lenyap telah lenyap
kebahagiaan di hati
ku hanya bisa menangisi semua ini
hancur hati ini melihat kau telah pergi

 
langit menjadi gelap berkelabu
menyelimuti hatiku
mengubah seluruh hidupku
mengapa semua jadi begini
perpisahan yang terjadi
di antara kita berdua

 
ku akan menanti  sebuah keajaiban
yang membuat kita bisa bersama kembali. .
















0

Addicted..

Assalamualaikum..annyeonghaseyo...

aku ni dah kemaruk ni..kemaruk ape??aku kemaruk blogging...yela,dulu aku kureng sikit bab2 blog2 nie..lpas aku bace blog member aku tuh..terus rasa cam berkobar2 jew nk wat blog...biarpun blog aku nie kureng follower tp xpela..aku tetap wat jugak..for suka-suki..tapi lelame cambest la plak..aku pon asyik nk layan blog jew..fb pon..aku dh kureng ckit now..yela, blog nie bole la jugak aku merapu-repek lpaskan ketensionan..hahahah..and aku rasa cam hari2 aku nak update blog aku nie
just nak share pew yang ada lam minda ku nie..

blog aku nie pun as a part of "my friends"
coz aku rase cam aku boleh luahkan pew yang aku rase kt cni
kirenya cam bestfren aku la..
one more thing, skang nie aku tgh menghabis cuti yang makin lupus nie..
so, hari2 aku ngadap blog..
yela,nanti dah start class xleh dah nk update cik blog aku nie selalu..

btw, aku nak share sket azam aku for this year..hehe

...azam 2011 aku

  1. complete my final year with flying colors
  2. improve myself  
  3. say no to emo (tak nak emo2 da)
  4. be a tough girl

3 jew??
cukuplah tu..kan byk2..habuk pon tarak..agagagaga..
hmm..in this new book,
i hope i will be blessed more than yesterdays..
hopefully,
HE gives me strengthen to get through 2011
i wish it will gives great 'colors' rather than those days..
i'm so grateful i'm still alive
 yes, i'm not perfect but i've tried to be..





salam 2011..


0

Cinta Yang Hakiki

Assalamualaikum..

pagi di tahun baru...hujan lagi arini,cam nk banjir pun ada..ishh..biasanya time hujan2 nie slow ckit la otak aku..dingin jew rasanya..aku mengelamun, aku tak ingat aku fikirkan pasal apa...dalam tengah blurr tu, handset aku berbunyi,..tutt tutt..ada mesej dari seorang hamba Allah...mesejnya membuatkan aku rasa terharu..


 "Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,
 tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh  dirinya walaupun hatinya,
kerana Allah teramat mencintainya
tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
di mana Allah letak untuk menjaga kita? 
Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, 
bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya,
kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari,
hargailah kesempatan yang Allah berikan.."

"Sebesar2 dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.."- Imam Ghazali-
 

Sesungguhnya, tiada cinta yang hakiki melainkan cinta hambaNya kepada Yang Maha Esa..mungkin Allah temukan kita dengan orang yang salah sebelum kita menemui orang yang telah ditakdirkan untuk mendamping kita..



Saat kita mahukan penyelesaian,
Allah berikan masalah untuk diselesaikan
 Apabila kita perlukan ketabahan
Sebaliknya, Allah berikan kita halangan untuk ditempuh
Di saat kita mahukan kasih sayang dan cinta,
Allah temukan kita dengan orang yang salah
 Bila kita mahukan petunjuk,
Allah berikan peluang,

Mungkin kita tidak dapat apa yang kita ingini
Sebaliknya kita memiliki apa yang kita perlu. . .

Allah tidak berikan apa yang kita mahukan, namun Allah berikan apa yang kita perlu.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya..










Back to Top