“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
3

Sabar,sayangku..


Dunia tidak lama..
Bersabarlah duhai hati. Dunia ini sementara. Tidak kekal lama. Isi ujiannya pun tidak berkekalan. Hanyalah sementara. Hanya suatu persinggahan menuju perjalanan abadi. Bersabarlah duhai hati..Kita di dunia bukan untuk selama-lamanya..
Saat ini kamu bersedih..
Saat ini kamu kecewa..
Saat ini kamu menangis..
Saat ini kamu dibenci..
Saat ini kamu tidak diendahkan..
Sabarlah wahai hati yang terpilih..
Dia selalu ada untukmu..
Tidak akan membuatmu sedih..
Tidak akan mengecewakanmu..
Tidak akan membuatmu menangis..
Tidak akan membencimu..
Tidak akan tidak mengendahkanmu..



Bersabarlah duhai hati... Saat kamu lelah kerana tidak tertanggung dugaan yang menimpa..Sabarlah..kerana Dia  Maha Mengetahui..Mengetahui setiap butir bicara hati..Mendengar segala rintihan kata jiwamu..Tidak perlukan teman untuk memuntahkan patah kata kerana Dia Yang Maha Mendengar sudah memadai untukmu..Yang tentunya akan tetap setia mendengar luahan jiwamu..Yang selamanya akan mendengar curahan hatimu..Bukan temanmu yang hadir cuma sementara..
Disaat kamu tidak mampu lagi untuk menampung  segala kejerihan ujianNya, Dia melapangkan jalan untuk kamu rebah di teduhan kasihNya..Jalan yang diredhaiNya..Jalan yang menuntun kamu ke daerah syurga..
Bersabarlah duhai hati..kita di dunia ini tidak  lama..saat ini kamu letih menggalas dugaan hidup..Tapi di suatu saat nanti keletihan, kejerihan,tangisan serta kekecewaan akan berlalu pergi darimu..Di mana di saat itu,kamu dijemputNya pulang untuk berehat yang selama-lamanya di samping Dia, Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah..Allahurabbi..

Sabarlah sayangku..


p/s: tidak lama <3


3 comments:

fadh leyanie said...

bersabarlah duhai hati,dunia ini hanya penipuan,dunia ini hanya ujian sementara,yg kekal akhirat nanti :)

ismi nurash said...

so true..:)

~An-Nur~ said...

allahu akbar..
terima kasih=)

Back to Top