“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Dosa


Jika 'dosa' dipandang biasa, berhati-hatilah kerana mungkin hati kita diserangi 'virus' hitam yang bakal mengakibatkan nama kita tersenarai untuk menikmati kediaman 'neraka'.

Jika 'dosa' dipandang biasa, kita lebih mudah meremehkan amalan yang mampu memberikan 'pahala'.
Jika 'dosa' dipandang biasa, kita lebih mudah melihat orang lain dengan pandangan sinis, tatkala ada yang menegur kita mudah melenting.

Kerana apa?? Ini semua bermula dengan perbuatan 'dosa' yang mana memberikan kesan kepada hati manusia dengan 'virus' hitam dan seterusnya membuatkan kita dengan mudah menempah tiket kediaman di neraka. Astaghfirullah!!

Semoga Allah memberikan rahmat dan hidayahNya kepada kita untuk terus melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Tabrakallah. Wallahua'alam.







p/s: aku yang berdosa. 


 

0 comments:

Back to Top