“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Takut terbakar..


Api. Merah jingga warnanya. Menyala. Garang. Menyambar sesiapa sahaja. Merebak merata. Api. Bisa membakar. Melecurkan. Mengorbankan jiwa serta membunuh. Pembunuh yang tiada belas simpati. Tiada hati perut. 

Kata orang, jangan bermain dengan api kelak terbakar diri sendiri. Namun, sejauh mana api bisa membakar diri sendiri itu terserah pada kondisi serta situasi si polan tersebut. Api. Jangan dibuat mainan. Jangan dijadikan boneka untuk permainan. Jangan pernah berani mencucuh api yang marak bimbang nanti tanganmu terbakar rentung. 

Untuk apa bermain dengan api, setelah kamu tahu ia menjerut lehermu sendiri. Perit. Pedih. Sakit. Hanya kamu yang tahu. Hanya kamu yang menanggung kerana kamu yang memulakan permainannya. Usah dikesali saat tanganmu rentung dek sambaran api. Kerana kamu yang mengepalai permainan ini. Usah ditunding salah sesiapa. Sedangkan kamulah pesalah kepada diri sendiri kerana tetap degil menjolok marakan api.




Sudah kamu tahu bagaimana sifatnya api itu. Tapi masih berdegil. Tetap mahu meneruskan permainan. Permainan yang kamu sudah ketahui siapa juaranya. Untuk apa kamu bermain dengan api? Sedangkan ianya hanya membakar hati dan jiwamu. Untuk apa? Apa sebenarnya yang ingin dibuktikan? Apa tujuan mu? 

Jangan kerana api, kamu ingin merosakkan dirimu sendiri. Merosakkan kurniaanNya terhadapmu. Hilang akalkah kamu? Mana pedomanmu? Apa kamu ingin menjadi hambaNya yang tidak bersyukur? Jangan kerana api kamu ingin mendajjalkan hidupmu yang serba indah selama ini. Kamu ciptaanNya yang terindah. Kamu sebaik-baik ciptaanNya. Usah menjahanamkan diri sendiri hanya kerna api.

Biarlah api itu terpadam dengan sendirinya. Usah kau mengorbankan diri sendiri. Sayangi diri sendiri. Usah persiakan nikmat yang diberi. Syukurlah di atas setiap kejadian di bumi yang tua ini. Kamu tiada ruginya. Malah, semakin untung berlipat ganda. Untung dalam mengejar redhaNya. 

Jaga diri, jaga hati, jaga iman.

Kalau takut terbakar, jangan bermain dengan api.



0 comments:

Back to Top