Rentetan hari-hari terakhir Siti Hajar binti Ahmad Sabir
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog
yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu
hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana.
Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu
kepada arwah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita
memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
_________________________________________________________________________________
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan
telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka.
Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad
ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan
pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma
utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1
tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik
sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun,
lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula
sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu
disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan
kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan
berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di
luar negara.
10 Jan 2013(Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan
syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih
bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2
yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan
bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup.
Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi
berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia
dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita
ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati
dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang
mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar
dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada
harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum .
Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya
mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati,
asalkan tidak mensyirikkan Allah.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan
bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam
zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi,
dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan.
Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan
cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di
merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan
solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar
.
Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat
luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia
dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat
menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan
di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak
henti2 masuk ke telefon untuk memberi
semangat kepada Hajar. Kami perlu
kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak
masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya,
kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan
dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari
sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan
keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan
dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
13 Jan 2013(Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan
yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu
kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha
dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan
manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu
kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya
hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya.
NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian
kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan
kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya.
Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya.
Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula
dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.
Takada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah
tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga
pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa
menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau
mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk
digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih
selamatkan nya, dia akan bersyukur. Pasti ade hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan
ayat2 suci kepadanya, dia kata “Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?” Saya
terdengar seruan bersahut2an dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya. Dia jawab “mana pulak, azan mana ada
SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam,
bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur. Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak
dengar?” “Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam.Batuk2
Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin
tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan
belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar
menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta
bantuan kecemasan diberikan dengan
menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran
kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi
masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan
hidung tersumbat semula. Kami disuruh
keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua
berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan
tidak mencungap cungap lagi. Keletihan
yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita
semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan
tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan
setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak
tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya
dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam
panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula
menurun.SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak
pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia
jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”. Tambah Hajar lagi, “Kalau
percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”Sesekali dia
tersenyum manis. Kami tanyakan” kenapa senyum?” Dia jawab…”ada bau wangi
sangat”.” Selalu ke akak terbau macam tu?”Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa
nurse datang, kadang2 waktu sahabat
ziarah” Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua
tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman
dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga.
Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri
apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya.
Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula
beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan,
Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup
ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin
makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak
senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade
bantal kecil, boleh letak kat leher”
lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh
sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit –
perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya
perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan
sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan”
Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya
berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air
zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata
“Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa
macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah”
Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi.
Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya.
Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan
bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di
lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana
dia nak solat dalam keadaannya seperti
itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2
yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk
Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk
mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak
seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu
besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak,
dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak
doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh
pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula
mengambilalih.
16 Jan 2013(Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar
mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya
sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya
memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari
mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi
muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan
tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya
solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong
bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu.
Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di
Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar.
Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak
cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang
rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah,
saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum
lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak,
Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin
rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk
menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak
dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak,
sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang,
akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak,
bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan
sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan
rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh
hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan
ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak
hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk
beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak
tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau
umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah
penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya
kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut
beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang
dia berada dihospital tu. Ada beberapa
hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya
nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong
macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara
biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah
je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah.
Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya.
Benarlah seperti hadis qudsi, Allah
bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong
kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan
usus besar membengkak teruk.
17 Jan 2013(Khamis)
Situasi
kritikal. Tak mahu pelawat
lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus
besar
tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada
kaitan
dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan.
Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan
yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari,
demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor
mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan
di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa
sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga
sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa. “Akak, jgn bimbang, kita
orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha
ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai
ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan
syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat”
Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2
suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa
bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua
badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya
berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak
pandang keluar tingkat. Saya tanya , nak tengok apa? Katanya : nak tengok
Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :” Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak
mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.” Saya jawab “Mintalah ampun dan
banyakkan beristigfar pada Allah,” Angguk.Tak lama lepas tu, dia kata, matanya
dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.Dalam
termengah2 dia berkata”mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak
jalan” “ Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya.
Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu
bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan.
Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu
Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu
maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak
katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran
pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses
pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus
ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
18 Jan 2013Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak
diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang
waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor
segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya nampak prosedur tu dr
luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di
atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa
nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan
kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg
bekerja lagi 99% .Hakikatnya carta
pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.
19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus
Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau.
Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang
bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang
kebenaran pembedahan untuk
ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami
meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu
berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul
2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan
diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.
Belumpun sempat selesai pembedahan
kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan,
buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak
dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak
dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain.
Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun
begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar
yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi
semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga
boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami
perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah
dijalankan kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula
mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan.
Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya
adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya.
TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang
paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan
lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti
lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2.
“Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya,
saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh
, saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu
tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh
membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan,
mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu
bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi
Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya
menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah
dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan
bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir
20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa
masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan
keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi
sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu
ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima
kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun
kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak
yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA
ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung.
Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
Siti Hajar selamat dikebumikan di
kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai
university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan,
menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan
merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan
dari pagi hingga ke petang,( tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya
SITI
HAJAR
Engkau bermula dengan
sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang
bayang
Gelap walau di suluh
cahaya
Pepasir pantai pun
berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan
kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan
keredhaan
Darimu TUHAN pencipta
Alam
Sungguh agung
pengabdianmu
Kau berjaya menjadi
iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
p/s: al-fatihah..moga Arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Al-fatihah.
al-fatihah..
al-fatihah.....
Ini antara cerita yang paling menyayat hati dalam masa yang sama menaikkan semangat saya. Huhu
Al-Fatihah untuk almarhumah
Post a Comment