“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
4

Salahkah aku..




Jazakallah khairan khatira.  Sungguh! Aku tersentap. Jantung bagai direntap. Penghinaan apa yang sedang kau lemparkan pada aku? Apa hak kamu untuk menafikan aku untuk berdoa untuk sesiapa. Itu antara aku dengan Allah swt. Segala isi doa aku hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Apa,aku tidak berhak berdoa sesuatu untuk diriku sendiri? Siapa kamu untuk menafikan hak itu? Setiap insan di ceruk bumi ini berhak untuk berdoa. Sedangkan iblis yang menderhaka itu berdoa kepada Allah swt supaya dipanjangkan hayatnya. Lalu Allah swt perkenankan. Nah, apa alasanmu untuk menghalang aku untuk terus berdoa pada Dia. Dia yang selalu ada untukku, Dia yang memulihkan aku dari kesakitan yang kau berikan pada aku. Aku berhak untuk berdoa! Kerana Dialah tempatku mengadu saat kau merobek-robekkan jiwa aku yang sememangnya rapuh ini. Jadi, kenapa kamu mempersendakan doaku? Sedangkan Allah Maha Menerima segala doa hambaNya. Apa kerana aku bukanlah wanita bertudung labuh seperti dia lalu aku tidak layak berdoa untuk sesuatu yang aku perlukan? Sewaktu aku ditolak,cukuplah aku kecewa saat itu. Namun, bila aku dinafikan hakku untuk berdoa, aku merasakan ini satu penghinaan. Jangan hukum aku kerana doaku. Sedang kau pun sama sepertiku,hanya insan yang biasa tidak mempunyai kuasa atas apa-apa perkara. Allah! Allah! Allah! Kuatkan aku. Jangan biarkan aku menangis kerana penghinaan ini. Jangan risau aku maafkan kamu. 



p/s: Allahu Rabbi..salahkah aku kerana berdoa? very-very insulted :(

4 comments:

Latifah Omar(PPG/11336/12), Norazian Arifin(PPG/13015/12), Rosliza Hamzah(PPG/13036/12), Wan Anita Wan Mamat(PPG/11481/12), Hasnah Abd Rashid(PPG/11323/12) said...

ilhani...kuatkan diri umtuk menempuh liku2 hdp....semua tujian Allah syg....

ismi nurash said...

kak latifah omar : terima kasih.. :)

Shiba said...

Dont be sad. They are not worth it. InsyaAllah kita sama-sama doakan mereka itu mampu berubah hatinya. :)

ismi nurash said...

thanks,shiba :)

Back to Top