“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Syukur

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulilah..syukur dipanjatkan buat Sang Pencipta kerana dengan barakahNya,aku masih lagi menikmati oksigen pada hari ni..

hari ini Khamis bersamaan 18 Jamadilakhir 1433H..alhamdulilah,aku diberi kekuatan dan kelapangan untuk berpuasa sunat hari ni..

Tadi,sambil-sambil tengok Rivals (filipino drama), terus terfikir nak makan apa untuk berbuka nanti..padahal jauh lagi tu waktu nak berbuka..tapi tak apa,be prepared..nak berbuka puasa pun nak be prepared?? Yes,of course la..setidak-tidaknya kita tahu juadah tersebut mungkin membazirkan atau tak..membazirkan amalan syaitan dan molek sangatlah dijauhi..hmm..

Setelah difikir-fikir nak masak apa, then muncullah juadah-juadah ini :

1. Sambal sardin dengan kentang






 2. Menu kedua ialah sambal lado mudo. Resipi ni aku ambik dalam novel Seribu Kali Sayang by Anis Ayuni..menu sampingan sebagai penambah rasa..kecur liur! *sabarlah wahai hati :)

 



3. Ini namanya "serto" dalam loghat Ganu or dalam bahasa standard, manggis..sunah Rasulullah makan buah sebelum makan nasi..jom praktikkan..dapat pahala..insyaAllah.




4. And cream puff as for  the dessert nanti..huhu..one of my favourite..beli je,insyaAllah next time nak buat sendiri nanti..




Sekian, untuk entry bukak puasa hari ini..penat berkelatang-keletung masak tadi..alhamdulilah, simple yet mengenyangkan.. just wondering, apalah yang dijamah oleh saudara seislamku di Somalia untuk hari ni..or memang tak makan pun? Allahuakhbar...Alhamdulilah,syukur padaMu,Ya Allah di atas segala rezeki ini..


p/s: menunggu detik azan maghrib dengan sabarnya..sambil-sambil tu, jom upgrade CGPA akhirat dengan zikir pada hari khamis,"subhanallahill-'azhimi wa bihamdih"(Maha Suci Allah yang Maha Besar dan pujian kepadaNya)

0 comments:

Back to Top