0
Manusia bukan manusia
Manusia semakin rakus. Semakin hari semakin kejam. Semakin kering hati. Semakin pupus sifat kemanusiaan. Justeru, layakkah digelar seorang insan jika sifat-sifat kemanusiaan yang Allah kurniakan semakin menghilang. Ya, kita terlalu rakus. Rakus dalam menghukum. Kitalah seolah-olahnya hakim bagi setiap keadilan di duniawi. Sehinggakan haiwan yang tidak berdosa pun menjadi mangsa kegilaan kita.
Nah, lihat sekeping gambar di bawah. Lihat sampai menitiskan air mata. Sangat menyayat hati,bukan? Angkara siapa, angkara spesies kita juga. Ya, angkara mereka-mereka yang semakin jauh dari perikemanusiaan.
Kalau difikirkan isi dunia ini bukannya kepunyaan kita. Kepunyaan Dia Yang Maha berkuasa. Jadi, layakkah kita untuk menafikan hak haiwan ini? Mereka pun makhluk kepunyaan Allah. Yakni,mungkin lebih suci daripada kita. Mereka pun menghirup oksigen yang sama dengan kita. Bezanya kita dengan mereka,cuma diberi nikmat akal olehnya. Itupun, tidak kau syukuri. Tidak tercapai oleh akal untuk memikirkan mana yang baik,mana yang jahat.
Sedih, nikmat akal yang kurniakan,kau sia-siakan. Tidakkah kau fikir,dengan menganiayai haiwan pun kau turut akan dihisab di sana nanti?? Mana akal sihat mu,kawan? Aku sedih situasi ini yang acapkali berlaku. Dari selemah-lemah haiwan sehinggalah sebesar-besar ini pun kau turut menganiayai mereka. Tidakkah kau fikir, mereka juga mungkin turut mempunyai keluarga seperti kamu,anak-anak yang kelaparan menanti mereka pulang membawa sedikit makanan sebagai alas perut.
p/s: astarghfirullahalazim..gambar ini di kongsikan di fb, selamat berbuka :)
Belajar bahasa syurga
Lama tak menjengah ke blog ini. Maaf. Sibuk dengan final exam untuk sem 2. Pelajar tipikal. Jom!
Belajar bahasa syurga. Walau tak sepenuhnya, sebahagian pun lebih baik daripada tidak tahu langsung kan? :)
1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i'm really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam
32. Na'am - Ya 33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai'e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami
p/s: Wallahualam..kalau salah,sila betulkan. Bitaufiq wannajah bagi yang sedang exam :)
Solat itu penawar
Solat itu ubat segala ubat yang bisa merawat segala bisa luka yang tak terlihat..Aku tahu hatimu penuh luka. Aku juga sama. Luka yang bertindan-tindan hingga aku sudah tidak tahu mana luka baru mana luka lama. Tuhan, tiap kesakitan kami , Kau berilah penyembuhnya di dada solat kami.- DrAnwarFazal -
p/s : penawar untuk setiap luka :)
Al-Fatihah - Dr Muhammad Uthman El Muhammady
Perkongsian yang diperoleh dari ibu. Kekangan waktu menghalang untuk menulis semalam,jadi saya kongsikan untuk hari ini.
Negara kehilangan seorang lagi tokoh ilmuan Islam yang amat disegani dengan kembalinya ke rahmatullah Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Dr Muhammad Uthman
meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman
Duta petang semalam.
Dr Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, ialah tokoh
yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah
menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam. Sepanjang hayatnya, Allahyarham juga telah banyak menyertai
forum di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.
Semoga roh Allahyarham Dr Muhammad Uthman dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada, para solihin, para sahabat dan
anbiya’ RA.
Baca karya Allahyarham sini.
p/s: sewajarnya berasa ralat di atas kepergian ulama-ulama di Malaysia,bukan ralat tentang isu keselamatan sahaja. Alfatihah.
Terapi cinta Ilahi
Cinta? Semua sekalian umat manusia tahu apa itu cinta. Terlalu banyak bait-bait aksara untuk menggambarkan cinta. Cinta itu. Cinta ini. Cinta begitu. Cinta begini. Bahkan kadang-kadang melebih-lebih pun ada. Siapa aku untuk menyangkal persepsi mereka. Kerana mereka berhak untuk mentakrifkan cinta sebagaimana keinginan mereka.
Perlukah aku bercinta? Cinta yang belum lagi diyakini. Saat hati kosong saat jiwa tak berperasaan,terkadang hati dijentik rasa cemburu melihatkan sahabatku dengan dunia cintanya. Terbit rasa rendah diri kerana aku masih tidak berteman seperti mereka. Perlukah aku bercinta hanya kerana ingin dicintai semata-mata? Bercinta hanya kerana ingin adanya seseorang yang kisahkan aku? Bercinta hanya kerna menginginkan seseorang disisiku?
Nah, aku terlupa. Silap,selalu lupa sebenarnya. Aku punyai Dia yang selamanya sudi untuk mencintaiku selagi oksigen masih menyalur ke rongga pernafasanku. Ya, aku selalu lupa. Dialah cinta yang sebenar-benarnya dalam hidup setiap insan. Cinta Dia yang sepatutnya menjadi tujuan aku selama ini. Bukan cinta yang biasa-biasa,bukan cinta yang olok-olok. Terlalu agung dan abadi sebenarnya. Kenapa selama ini mata hatiku tidak merasai semua ini? Kerana selama ini mata hatiku dibutakan dengan kepalsuan indahnya fatamorgana. Terlalu asyik dengan gelora dunia sehinggakan aku jauh dari Kekasihku Yang Satu.
Ya, aku silap mengorak langkah dalam mencari cinta sebelum ini. Tersilap percaturan. Tersilap arah. Aku sangka kompas hidupku bisa menuntun aku ke arah yang diredhaiNya. Namun, aku silap. Silap terjerumus dalam cinta sesama manusia. Cinta yang belum lagi diyakini apatah lagi cinta yang halal. Mungkin tipisnya iman di dada membuatkan aku mudah tersungkur di lembah dosa. Mungkin aku terlalu terpesona dengan indahnya cinta yang haram sebelum ini. Mungkin aku terlalu leka dengan rasa yang membuai-buai.
Aku bangkit. Bangkit dari segala dosa yang menyelubungi. Dia hadiahkan aku dugaan hidup untuk menegurku atas segala khilaf aku selama ini. Dugaan, yang pada mulanya aku sangkakan aku tidak mampu untuk bertabah dan kuat. Namun, aku salah lagi. Rupa-rupanya, aku kuat! Subhanallah. Sungguh tidak aku sangkakan aku mampu mendepani ujian yang dihadiahkan untukku. Biarpun begitu lama memakan masa untuk menyembuh, namun ianya benar-benar membuka hatiku bahkan ku temui cinta yang selama ini yang kudambakan,cinta sejatiku. Ternyata benar, sesungguhnya Allah swt tidak akan menguji hambaNya melebihi kudrat hamba-hambaNya. Allahu Rabbi.. Ujian tanda Allah sayang,kan?
Sematkan di hati,
Sematkan di hati,
Allah swt enggan biarkan kita hanyut dengan cinta yang tidak tentu hala kerana itu Dia belum puas untuk menjaga kita.
Saat hati mula terpatri dengan cintaNya, jiwa dengan automatiknya akan menjadi lebih tenang, lebih redha dan lebih ikhlas. Semuanya kerana redup kasihNya yang tidak berbelah bahagi terhadap hamba-hambaNya. Hanya kita yang selalu melupakanNya. Buktinya, apabila kita dalam kesusahan, barulah kita terhegeh-hegeh berdoa kepadaNya. Padahal, Allah telah berfirman,
Maka berzikirlah (ingatlah) kepadaKu, nescaya Aku akan mengingatimu.. Apabila engkau ingat kepada-Ku ketika sunyi sepi,nescaya Aku akan ingat pula padamu dalam sunyi sepi.
Bukan menunding jari kepada sesiapa tapi untuk diriku sendiri. Aku tahu satu jari telunjukku kepada mereka sembilan lagi menuntun kepadaku. Yang sebelum ini tersasar jauh dari landasaan keredhaan Allah swt.
Hasbunallah wa ni'mal wakil
Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.
p/s: kita tak pernah sendiri, sedangkan 24/7 Raqib & Atid pun setia bersama kita :)
Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala
1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)
2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)
3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)
4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)
5. Baca Surah An-Nas (1kali)
6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)
7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)
NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.
P/s: jom cuba try test. sebarkan :)
Senyum
Senyum dalam kesedihan adalah suatu ketabahan,
Menangis dalam kepayahan adalah suatu kesabaran,
Gembira dalam keredhaan adalah suatu ketenangan,
Mensyukuri pemberian ALLAH adalah suatu nikmat kebahagiaan.
Hati . .
hebatnya hati boleh berbicara tanpa suara,
hebatnya hati mampu menangis tanpa airmata...
Tapi janganlah lupa...
hebatnya hati juga boleh menghancurkan Iman kita.
Lemahnya hati dengan bisikan suara nafsu.
Jadi jagalah hati kita dengan sebaik-baiknya...
p/s : hati tenang mengingati Allah swt. <3
Pengorbanan Si Ibu
*Sebagai Iktibar
Scarlett. Itulah nama bagi seekor ibu kucing yang amat berani, penuh kasih sayang dan sanggup menghadapi pelbagai kemungkinan. Mempunyai bulu jenis Calico, ia pernah menjadi tajuk perbualan utama seluruh dunia dalam insiden menyelamatkan lima ekor anak-anaknya daripada dijilat api kebakaran di tempat tinggalnya.
Mengimbau kembali kejadian ngeri itu, Scarlett tinggal di dalam garaj di Brooklyn bersama anak-anaknya. Ketika kebakaran itu berlaku, tiada ahli keluarga tuannya yang berada di rumah kerana mereka semuanya keluar bekerja. Setelah api dipadamkan, anggota bomba dapat melihat kucing itu dengan perlahan-lahan membawa anak-anaknya berusia empat minggu dari bangunan yang telah rentung, hangus dijilat api.
Keadaan Scarlett yang hangus teruk sangat menyayat hati mata yang memandang. Dalam keadaan telinganya yang terbakar, matanya yang melecur serta melekat dengan hidungnya, dengan penuh kasih sayang dia menyusun anak-anaknya seekor demi seekor agar selamat walaupun keadaan dirinya amat kritikal. Setelah memastikan kesemua anaknya selamat, ia rebah menyembah bumi lalu pengsan tidak sedarkan diri. (gambar 1 & 2)
Ahli bomba David Giannelli mengambil kesemua kucing-kucing itu untuk dirawat. Akhirnya, setelah dirawat, Scarlett kembali sihat. (gambar 3) Namun, parut di muka dan badannya tidak dapat dihilangkan. Selepas daripada itu, Scarlett dan anak-anak diambil semula oleh tuannya untuk dijaga.
Kini Scarlett telah tiada. Kejadian yang berlaku pada tahun 1996 banyak memberi pengajaran kepada kita tentang erti pengorbanan dan kasih sayang seorang ibu walaupun ia hanya seekor haiwan.
P/S : Duhai Scarlett, dirimu merupakan contoh Ibu yang terbaik. Anak-anak dan keturunanmu pasti berbangga dengan pengorbanan yang engkau lakukan. Manusia yang MEMBUANG dan MEMBUNUH anak mereka perlu malu kepada kamu! Kamu hanyalah seekor haiwan namun hatimu lebih mulia dari manusia yang ramai berperangai seperti syaitan. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan tauladan kepada kita semua.
Dipersilakan SHARE ♥
Altar Cinta
Luruh hatiku menjadi puing-puing yang tandus
Kala terjatuh saatku jalan dalam kehidupan
Deras merayu kepada satu cinta abadi
Malam menjadi altar cinta yang lebih mendalam
Kesal bukan satu jawapan
Hanya cintaMu beri sayap
Tak mampu kuterbang tanpaMu
Ku lemah jauh dari cintaMu
Saat pedang takdir menghunus
Hanya Engkau sayapku
Kala terjatuh saatku jalan dalam kehidupan
Deras merayu kepada satu cinta abadi
Malam menjadi altar cinta yang lebih mendalam
Kesal bukan satu jawapan
Hanya cintaMu beri sayap
Tak mampu kuterbang tanpaMu
Ku lemah jauh dari cintaMu
Saat pedang takdir menghunus
Hanya Engkau sayapku
Cuma sebentar
Perempuan ini,
dia sedang tersenyum,
walhal hatinya menangis.
Cuba meneguhkan keyakinnya,
yang dia sebenarnya tegar,
lebih dari yang dia rasa.
Mendongak langit malam,
mengintai bulan,
sunyi sepi,
mengumpul kekuatan.
Ya Allah, bolehkah temani hambaMu ini?
Cuma sebentar.
:')
dia sedang tersenyum,
walhal hatinya menangis.
Cuba meneguhkan keyakinnya,
yang dia sebenarnya tegar,
lebih dari yang dia rasa.
Mendongak langit malam,
mengintai bulan,
sunyi sepi,
mengumpul kekuatan.
Ya Allah, bolehkah temani hambaMu ini?
Cuma sebentar.
:')
Ubatan Hakiki
Wahai hamba yang mukminin
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu
Dari rasa hati gelisah
Tenang tenangkan dengan pasrah
Kenangkanlah dosa yang sudah
Kepada Allah kita berserah
Dalam diam banyak istighfar
Solat taubat terus menerus
Harta yang ada banyak diinfak
Zikir pula janganlah putus
Takdir itu Allah yang tentu
Bangunkan hati penuh yakin
Sakit dan sihat dari yang Satu
Dari rasa hati gelisah
Tenang tenangkan dengan pasrah
Kenangkanlah dosa yang sudah
Kepada Allah kita berserah
Dalam diam banyak istighfar
Solat taubat terus menerus
Harta yang ada banyak diinfak
Zikir pula janganlah putus
Jangan sekali berputus asa
Rahmat Tuhan luas tersedia
Kesembuhan kan berlaku jua
Alam syahadah atau alam baqa'
Kita ini yang bernama hamba
Pasti sekali melakukan dosa
Sakit itu gugurlah semua
Mudah-mudahan dikurniakan syurga
Berubat itu satu usaha
Hakikat sembuh dari yang Esa
Jangan sampai mensyirikkan-Nya
Dengan amalan yang diada-ada
Ubatan dan amalan perlu berhati
Moga sakit jadi kaffarah
Tauhid itu ubatan hakiki
Sembuh juga daripada Allah
Untunglah
Hati yg sering dilukai lalu sembuh
setelah dirawat dengan dzikir kepada Ilahi,
adalah hati yang indah, bercahaya
dengan kasih dan sayang dari
Yang Maha Rahman dan Maha Rahiim...
Walaupun luka masih ada,
namun sifat sabar dan bersedia
memaafkan
menjadi 'antiseptik' yang menahan luka itu
dari dijangkiti kuman
dendam yang membawa derita berkepanjangan
Akhirnya,
bersykurlah andai memiliki hati yang sering
dilukai ,
kerana dengannya
kita belajar menjadi seorang yang lebih
mengerti, memahami dan menghargai..
Subscribe to:
Posts (Atom)