“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Al-Fatihah - Dr Muhammad Uthman El Muhammady





 
 
Perkongsian yang diperoleh dari ibu. Kekangan waktu menghalang untuk menulis semalam,jadi saya kongsikan untuk hari ini.
 
Negara kehilangan seorang lagi tokoh ilmuan Islam yang amat disegani dengan kembalinya ke rahmatullah Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Dr Muhammad Uthman meninggal dunia di kediamannya di ISTAC, Taman Duta petang semalam.

Dr Muhammad Uthman yang dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam. Sepanjang hayatnya, Allahyarham juga telah banyak menyertai forum di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Semoga roh Allahyarham Dr Muhammad Uthman dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada, para solihin, para sahabat dan anbiya’ RA. 
 
Baca karya Allahyarham sini



p/s: sewajarnya berasa ralat di atas kepergian ulama-ulama di Malaysia,bukan ralat tentang isu keselamatan sahaja. Alfatihah.
 
 
 

0 comments:

Back to Top