Assalamualaikum wbt..
Alhamdulilah,syukur..masih terasa denyut jantung dan nadi pada hari ini..terima kasih Allah Yang Esa diatas pinjaman ini..
Tadi sempat online mukabuku walaupun di hospital..then, sepasang mataku yang tak bundar tak sepet ni tertancap pada DP2 yang hampir semua berwarna koko @ coklat..obviously, semua DP tu tutup mata seperti diikat dengan selembar kain..design pun lebih kurang sama walaupun di edit menyerupai UAI or ustaz don.
|
UAI |
|
Ustaz Don |
Sangat kreatif kan mereka yang edit ni?
Apa yang tersirat di sebalik gambar-gambar tersebut? Hmm..jika sebelum ni saya pun tak tahu menahu tentangnya. Mungkin kerana betapa jahilnya diriku serta terlepas pandang terhadap perkara sebegini tapi sekarang alhamdulilah..tahu juga akhirnya.. :)
Ianya merupakan sejarah yang dipinggirkan umat zaman sekarang. Dipanggil sebagai Hari Nakba yang bermaksud 'kecelakaan'. Hari Nakba disambut oleh penduduk Palestin yang menganggap penubuhan Israel pada 1948 sebagai malapetaka. Ia juga adalah hari
memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin
oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 700,000 warga Palestin menjadi
pelarian. Hari ini disambut pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan
penubuhan negara Israel dan hari berakhirnya mandat Britain di Palestin pada
tahun 1948
Tetapi apa kaitannya dengan DP fb tu?
Sebenarnya, ianya sebagai satu kempen kesedaran untuk maklumkan pada seluruh negara dan seluruh umat
Islam bahawa saudara seIslam di PALESTIN sedang menderita, biarpun hanya menukar
profile picture, sebenarnya kita telah membantu membangkitkan kesedaran kepada
sahabat2 kita yang lain yang memandang enteng dengan isu palestin.
Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32
Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari
Berdasarkan pemahamanku, penama-penama *(ada juga nama dia ) di atas merupakan tahanan Palestin yang mogok lapar sekiranya Israel enggan membenarkan anggota keluarga melawat tahanan
Palestin. Hari ini,mogok lapar pun telah berakhir setelah Israel bersetuju atas permintaan tahanan dan sebagai balasannya pejuang Palestin mestilah melumpuhkan serangannya.
|
Wanita Palestin dan bayinya di kem pelarian 1948 |
|
Pelarian Palestin 1948 |
p/s: rasa sedih menggebu-gebu tengok gambar si ibu dan anak tersebut..bayangkan kalau jadi di Malaysia..nauzubillahiminzalik..peliharkanlah mereka,Ya Allah. Aamiin. Hanya doa yang mampu dititipkan buat mereka..
0 comments:
Post a Comment