“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Ku Cari Damai Di Hati

Assalamualaikum. .

Entah kenapa..makin hari..aku rasa makin pudar ketenangan yang bertapak di hati..aku rasa gelisah yang amat sangat..ntah..tak taw nk describe macam maner..nak kata sedih,sedih la jugak, ep pon ade jugak yang terselit..rindu?? hmm..banyak kot..!! Rindu mak abah,adek2 n sume kuceng..plus, kat orang tu..

Rindu itu adalah...

Anugerah dari ALLAH,

Insan berhati nurani punyai rasa rindu.
Rindu pada kedamaian,
Rindu pada ketenangan,
Rindu kesejahteraan dan juga kebahagian..
Dan seluruh umat itu 
merindukan cahaya yang menyinari kehidupan...

Aku rindu kamu.. 
Rindu yang dalam.. 
Rindu dalam bayang bayangku sendiri.. 
Aku rindu akan kamu.. 
Satu wajah yang selalu membuat hatiku menangis.. 
Satu rasa yang tak pernah aku lupa.. 
Rindunya akan kenangan lalu.. 
Rindunya pada kenangan.. 
Rindu kamu yang dulu.. 
Rindu pada masa kita bahagia.. 
Rindunya pada masa yang lama.. 
Aku rindu kamu.. 
Sungguh..
 Rindu kamu yang amat sangat
 Ya Rabbi..bagilah aku kekuatan+ketenangan
Aku tak mampu menghapus bayangnya
yang hadir di setiap benakku..

Hati ini sudah hilang bentuk
kerana terlalu banyak luka diam di situ.. 
Janganlah kau tanya kenapa.. 
Aku tak perlukan apa2 penjelasan dan alasan.. 
Entahlah.. 
Aku tak tahu apa yg aku rasakan kini.. 
Yang nyata, aku benar2 terluka.. 
Janganlah kau mengganggu ketenanganku.. 
Aku hanya ingin bersendiri utk mngubati luka ini..



ada rindu di sudut hati..



Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.



  

Ya Allah... 
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku tercipta buatku dekatkanlah ia padaku 
titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi 


 Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih seiringkanlah kami melayari hidup luar ini ketepian yang sejahtera 


tetapi Ya Allah... Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku
 bawalah ia jauh dari pandanganku luput dari ingatan ku 
dan peliharalah diriku dari kecewa 


 Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti 
berilah aku kekuatan melontar bayangnya ke dada langit silang 
bersama senja merah dan gelap pekat awan 
agar ku bisa bahagia walau tanpa dirinya

dan Ya Allah Tercinta..
 gantikanlah yang telah hilang tumbuhkanlah kembali yang telah patah
 meski tiadakan sama dengan dirinya...

Ya Allah Ya Tuhanku 
pasrahkanlah aku dengan KetentuanMu 
Sesungguhnya Takdir Mu itu yang terbaik buatku 
kerana Engkau Tuhanku itu yang terbaik buatku Yang Maha Mengetahui Segala..
.
 Cukuplah Engkau sahaja menjadi Pemeliharaku di Dunia dan Akhirat 
dengarlah rintihan daripada hambamu yang daif ini 
Sesungguhnya aku tidak kuat melawan nafsuku sendiri 
janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini hingga akhirat 
Menjerumuskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran 


Maka, kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman 
membimbingku ke jalan yang Engkau redhai 
dan kurniakanlah kepada ku keturunan yang soleh.... amin!




Akal adalah menteri, rajanya ialah hati. .



0 comments:

Back to Top