Alhamdulilah,aku masih lagik sempat solat subuh and maseh bernyawa lagik..ingatkan nk jogging tapi kat luar tuh tapi tetiba aku dengar bunyi macam2 binatang ade..*(kolej aku nie antik).. kurr semangat aku yang berkobar-kobar tadi..yela, aku ingatkan nk burn the fat and kasi brpeluh sikit..hmm..tapi kan haiwan pon reti bangun pagi2,cari rezeki..org tua aku selalu pesan,
"bangun mesti pagi2,if tidak rezeki susah nak masuk.."
memang betol pon pew yang dorang bagitau tu..sebab aku pernah alaminya..satu pagi tuh,aku terlewat bangun around kul9 gitu la..sebab keletihan tahap dewa la..then, pagi tuh ayah aku tak kejutkan aku bangun even dah lewat..hahaha..tapi on that time, aku dengar la bunyik keta ayah aku..ayah aku kuar g breakfast dengan adik aku..so,melepas la aku sebab terlewat bangun..mungkin memang dah bukan rezeki aku kot nak pekena roti bawang on dat time..tapi xpela..hahaa..*(papepon,anak abah nie dah bangun awal la lately nie)..tu from experience aku la..
Jodoh pun rezeki Allah jugak kan, setiap org dah diciptakan berpasang-pasangan sejak azali..tapi we need to find it..sume orang nak jodoh yang baik2 jew..tipu lah if ade yang nak yang jahat or buruk2...semua ada sistem piawaian sendiri kan2..including me..kata org,
"naluri kita boleh rase if dia tu jodoh kita atau tidak.."
aku pon x sure..and betol ker if kita buat solat istikharah mintak petunjuk sal hubungan ko dgn dia, then naluri korang dapat rasakan yang korang perlu bersama dgn dia,aku just nak taw tu ke petanda bahawa dia tu adlah jodoh kita or sebaliknya? tapi macam mana if bila kita dah cintan tahap separuh jiwa, tetiba dia tinggalkan kita?? tak ke haru namanya..yela,mungkin kita pk yang dia tu jodoh kita but at last,kita ditinggalkan oleh dia..mungkin die bukan jodoh kita kot..
memang sakit jiwa+geram sgt2 kan if kita harapkan someone,but at last he or she left you..slumber badak jew tinggalkan kita.. sape tak sedih and frust..ntahla, aku pon x expert sgt bab2 love nie..cinta tu sgt universal..setiap org ade tafsiran sendiri sal cinta kan..cakap sal love2 nie,sampai besok pon tak abis..mungkin benar dia bukan jodoh kamu kot..and mungkin tu yang terbest untuk hidup kita,kita sendiri pon tak tahu..hanya Dia Yang Maha Mengetahui..
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia mungkin bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta,*(termasuk aku la nie) fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH..setiap yg berlaku ade hikmahNYA.. percayalah sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..tabahkan hati even ianya sangat menyakitkan jiwa kita..
Kadangkala Allah patahkan semangat kita untuk selamatkan jiwa kita... Dia kecewakan hati kita untuk jadikan kita lebih sempurna.. Dia kirimkan kesakitan supaya kita jadi lebih tabah..Dia berikan kegagalan supaya kita lebih rendah diri.. Dia turunkan kita penyakit supaya kita lebih menghargai diri sendiri dan kadangkala Allah ambil segala yang kita sayang, supaya kita lebih menghargai segala nikmat Allah...Allah knows the best for us.. (^__^)
Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hamba-Nya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian abadi…
KENAPA AKU DIUJI?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;”Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG DIIDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”-Surah
Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
-Surah Al-Baqarah ayat 286
RASA KECEWA?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.”
- Surah Al-Imran ayat 139
RASA SEDIH?
"Janganlah kamu bersedih sesungguhnya Allah bersama kita."
-Surah At-Taubah ayat 40
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
-Surah Al-Imran ayat 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
-Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…
-Surah At-Taubah ayat 111
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal.”
-Surah At-Taubah ayat 129
AKU SUDAH TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
0 comments:
Post a Comment