“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Cinta Yang Hakiki

Assalamualaikum..

pagi di tahun baru...hujan lagi arini,cam nk banjir pun ada..ishh..biasanya time hujan2 nie slow ckit la otak aku..dingin jew rasanya..aku mengelamun, aku tak ingat aku fikirkan pasal apa...dalam tengah blurr tu, handset aku berbunyi,..tutt tutt..ada mesej dari seorang hamba Allah...mesejnya membuatkan aku rasa terharu..


 "Perempuan yang suci adalah perempuan yang dijaga oleh Allah,
 tidak sedikit pun Allah membenarkan mana2 lelaki menyentuh  dirinya walaupun hatinya,
kerana Allah teramat mencintainya
tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki,
di mana Allah letak untuk menjaga kita? 
Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita
Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki, 
bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya,
kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari,
hargailah kesempatan yang Allah berikan.."

"Sebesar2 dosa adalah dosa yang dilakukan ketika kita rasa berdosa melakukannya.."- Imam Ghazali-
 

Sesungguhnya, tiada cinta yang hakiki melainkan cinta hambaNya kepada Yang Maha Esa..mungkin Allah temukan kita dengan orang yang salah sebelum kita menemui orang yang telah ditakdirkan untuk mendamping kita..



Saat kita mahukan penyelesaian,
Allah berikan masalah untuk diselesaikan
 Apabila kita perlukan ketabahan
Sebaliknya, Allah berikan kita halangan untuk ditempuh
Di saat kita mahukan kasih sayang dan cinta,
Allah temukan kita dengan orang yang salah
 Bila kita mahukan petunjuk,
Allah berikan peluang,

Mungkin kita tidak dapat apa yang kita ingini
Sebaliknya kita memiliki apa yang kita perlu. . .

Allah tidak berikan apa yang kita mahukan, namun Allah berikan apa yang kita perlu.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya..










0 comments:

Back to Top