“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Bukan Diriku..

Tangan ku masih kejap memegang kad kawin di tangan..nama si pengantin di dada kad yang harum itu ku renung sedalam-dalamnya..bagai si helang  menatap mangsanya..ku lepas keluhan yang amat perlahan..keluhan penyesalanku yang tak terhingga..mataku kembali mengusap kad itu. Air jernih mula bertakung di tabir mataku..betapa tidak, dahulu bakal pengantin perempuan ini pernah menjadi kesayangan ku . namun, kerana keegoaan ku aku kehilangannya buat selama-lamanya..

Namanya suraya. Orangnya sederhana tinggi berkulit kuning langsat. Walaupun parasnya tidak secantik gadis lain yang ku kenal..suraya tetap mempunyai keistimewaan sendiri..hmm..fikiranku menarawang menyingkap kembali detik perkenalan kami..kami dikenalkan oleh kawannya, adila. Tu pun melalui sms jew sebab masa tu kitaorang baru lepas spm..Masa tu, aku bagitau adila aku nak kenal kawan dia tak kisah la siapa tapi yang penting baik..hahaha.. perempuan baik untuk playboy macam aku ni?? Aku termangu-mangu sendiri...

Awal perkenalan kami, aku still slow and steady..biasa la,nama pun jantan,ayat-mengayat la...suraya memang tak makan saman pun dengan ayat-ayat power aku..aku terdetik di hati tak pernah lagi aku jumpa girl yang camni...tapi kitaorang makin rapat even sekadar mesej jew tanpa bertemu face to face..nak dijadikan cerita, aku ajak suraya couple dengan aku..masa tu aku ingat lagi aku tengah tunggu ambang tahun baru 2008..aku pun sebenarnya tak sure dengan perasaan aku..tapi suraya terima aku as couple dia..terkejut juga aku dibuatnya..then, kitaorang pun declare la as couple..

Hari demi hari, makin menggebu perassan sayangku terhadap suraya..ternyata, aku memang tak pernah lagi bertemu perempuan sepertinya. Suraya mempunyai cirri-ciri wanita idaman ku..dia sangat memahamiku..kira-kira 4 bulan selepas couple tu, barula kami bertemu di sebuah taman..tak berkelip aku melihatnya..lawa dan manis wajahnya..tak jemu-jemu aku memandangnya..

Sejak dari hari tu, kami bertambah rapat walaupun suraya berada jauh dariku kerana sambung belajar..sepanjang perhubungan kami, pernah sesekali kami berselisih faham, namun suraya lah yang mengalah..saat dia merajuk aku tak pernah pujuk..aku biarkan dia memujuk hatinya sendiri..alasanku padanya, aku tak reti nak pujuk melalui handset..jahat kan aku?? Tapi suraya masih setia padaku..tak pernah dia marah2 aku..sebaliknya aku yang marah2 dia tanpa belas..aku kasihan tapi ego aku mengatasi segalanya...

Hubungan kami tetap utuh bertahan sehingga hamper setahun 6 bulan walaupun sesekali goyah jua..satu hari tu, aku cakap kat suraya yang aku jumpa balik dengan awek lama aku,namanya hana dan aku pun tanpa rasa bersalah aku mengaku yang kitaorang masih menyayangi satu sama lain..suraya sedih dan terkejut...aku pun bagitau suraya lagi yang selama ni aku tak pernah cintakan dia pun, Cuma kesian dan simpati kat dia selama ni..masa tu aku tak kisah langsung perasan dia,yang penting aku dapat bersama hana balik..then, malam tu kitaorang pun break..aku tahu aku dah lukakan suraya tapi aku tak kisah pun sebab ego aku mencanak tinggi..aku ingat lagi msj suraya malam tu..

maafkan kesalahan saya selama ini..”

Aku hanya balas:
                “ok..”
Lepas tu, kitaorang pun dah tak contact. Tapi aku tetap merasa sunyi,aku tak tahu kenapa. Pada masa yang sama, hana bagitau aku yang dia tak sanggup tinggalkan bf dia. Aku pun frust.  
Then, masa tu la aku sedar semuanya..aku telah permainkan perasaan seorang insan yang ikhlas menyayangi aku selama ini..mungkin juga inilah balasan untuk aku..yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..

4bulan lepas tu, aku try contact suraya balik..tapi tak dapt maybe dia dah tukar nombor..penyesalan aku bertimpa-tmpa..aku ingin minta maaf pada suraya dan aku ingin kembali padanya..satu hari tu, aku keluar pergi mall dengan kawan aku,badrul..tiba-tiba aku terlihat susuk seseorang yang amat kukenali..dia tidak keseorangan tapi ditemani oleh seorang lelaki yang tak kurang handsomenya..

                “suraya..”tegurku..

                “em...Azam,buat apa kat sini?”jawabnya..

                “saje,jalan-jalan..”jawabku sambil merenung lembut parasnya yang makin  berseri-seri.

                “oo..kenalkan, Zairi,bakal suami Sue.”tutur Suraya lembut.

Aku terkesima,namun ku kawal air muka ku..

                “er..oh..bila harinya?” Tanya ku sejurus bersalam dengan lelaki itu.

                “dua minggu lagi,jemputlah datang.”jawab Zairi sambil aku menyambut kad kahwin yang dihulurkan oleh suraya.

Seminit kemudian, pandangan ku mengiringi langkah bakal pengantin itu berlalu..badrul di sebelah ku menepuk-nepuk bahuku.

                “sudahlah..”ujar Badrul.

“aku bersalah pada suraya, aku tak menghargainya dan aku selalu sakiti hatinya. Dia pernah sakit sebab aku, dia pernah masuk hospital sebab aku. Padahal  dia tak pernah sakitkan aku..aku tamak, sebab aku terlalu mengejar cinta hana padahal masa tu suraya adalah kekasihku..’’luahku tertekan.

“setiap benda yang berlaku ada hikmah, mungkin dia bukan jodoh kau..”

“tapi aku takkan jumpa lagi perempuan sebaik suraya..maafkan aku,sue.”tuturku perlahan..mutiara jernih terbit dari mata seorang lelaki yang ego..

Ku renung sampul merah jambu di tanganku..suraya bakal diijabkabul pada 1 januari 2010. Satu tarikh yang cukup bermakna buatku sebelum ini. Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa mengalah dengan kemahuanku. Telinganya di sebalik tudung itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, tapi aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. suraya,semoga kau berbahagia,sayang..maafkan aku.. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

p/s: nukilan sulung ku,cerpen ini tidak ada kaitan samada yang hidup amhupun yang telah tiada,ianya hanya sebuah garapan fiktif semata-mata..leave a comment..saya budak baru belajar..^^,





0 comments:

Back to Top