“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”

HambaMu...


hari sudah jauh malam..
mata pula makin segar..tak ada langsung tanda2 kantuknya..
tambah2 aku kedinginan dibalut bayu malam ini..
gerimis meyembahi bumi selebat-lebatnya..
seakan-akan memuntahkan segala isi perut awan
dinginnya mencucuk-cucuk tulangku..
sejenak aku berfikir..
masihkah aku punyai kesempatan 
untuk hari esok??
untuk terus bersama insan-insan di sekelilingiku...
masihkah aku punyai kesempatan untuk mendengar suara mereka??
dan menatap raut mereka??
Ya Rabbul Izzati..
aku memohon kehadratMu..
agar aku diberi peluang lagi bernafas di alam ini..
Kau tabahkanlah hatiku
bagi menempuh hari-hari yang mendatang..
Kau redhailah lantera hidupku..
agar aku tidak terus hanyut oleh godaan duniawi..
Ya Allah..
 padaMu ku bersujud dan mengadu
Kau peliharakanlah aku dalam hidayahMu sentiasa..
Amin Ya Rabbalamin..











Back to Top