Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat.
tubuhku
terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku
sendiri tidak tahu mengapa aku ditempatkan di sini.
Sebelum
tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung
dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku
kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di
sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku
sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.
Tiba-tiba
tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang….mengucap……..
Asyhaduallailahaillallah………" Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai
dengan tangisan. Itu suara ibu.
Manusia
yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah
menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya
ser ta yang pernah merotanku kerana degil.
"Bagaimana
dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang.
Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu
kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu
usaha."
Sudah
seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang
menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah…..
Tapi mataku…….semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak
mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,
banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku
tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu
ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan
darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.!
Kedengaran
juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan
bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu…..aku tidak mahu
berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatk anlah daku. "Yassin……".bacaan
yassin terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi
kenapa aku
diperdengarkan dengan suara itu???
Apakah
aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi
sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat
maut datang. Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan
semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.
Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku
berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".
Tapi
rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku
dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan "Panas,
dahaga,haus, panas……..".tapi tiada siapa pun yang peduli.
Nenekku
datang, "Nenek………..". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas
penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".
"Ibu……".
Ibuku datang, Ibu mengg oyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini
membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi."
"Ayah…….kau
datang ayah……." "Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama
nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".
"Mengucap
sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah……". Ucapan itu diajukan
sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi
kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami".
manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,
katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang.
Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut…….!!!!!!".
Kedinginan
menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan
kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat
maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan
Allah……." Aku tersentak. Roh kuberselerak di dalam tubuhku.Lalu,
nnalillahi wainnailaihi
rajiuun….
Malaikat-malaikat
yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang
sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau
sampah yang amat busuk.
"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya……".
"Assalamualaikum……"
"Siapa yang memberi salam itu?"
"Aku"
"Kau siapa wahai pemuda???"
Seorang
lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang
sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak
terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah
apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat
nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya…… jijik, loya, aku
rasa……..teramat loya
melihatnya.
"Kau tak kenal aku?"
"Tidak," jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini.
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari."
"Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini
mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini."
"Akulah amalanmu yang keji………."
Aku
terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini,
semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan
keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu
makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti.
Oh..Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala
nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya
ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak.
Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat.
Apa yang aku harus lakukan!!!!!
Surah
yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak
long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba- tiba
badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong….sejuk!!!! Kenapa air
ini berbau air kapur barus. "Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,
sakit!!!!" Kenapa ramai orang melihat aku??? "Aku
malu…..malu…..malu……!!!!!!". Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain
putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas
dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu
dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian
semua buat aku macam ini? Tolong… rimas…. panas…….."
Kemudian
aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam
menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.
Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri?
Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu
disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi
untuk mengangkat takbir, ruku’, sujud dan tahiyyat.
Aku
d iangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu.
"Kotak apa ini?" Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.
Aku diusung setapak demi setapak. "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok
imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di
belakang tapi ke mana dibawanya aku?..
Nun
jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku
dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah
perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa
tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu.
"Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong
keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!"
Kini
aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir
dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?" "Aduh sakitnya badanku ditimbusi
tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang dan
kepada Allah jualah kita kembali".
Kedengaran
bacaan talkin dari to k imam.
Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh
itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga
benar……
Sayup
sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama
makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak
kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan
tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan …….aku kini
keseorangan…….
ana hudu un..