Ekperimen Pertama
Dia meletakkan air di dalam sebuah bikar. Kemudian, air ini dipanaskan menggunakan sebuah penunu bunsen hingga air itu mendidih.
Kemudian, seekor katak di campakkan ke dalam air panas itu.
Katak itu akan segera melompat keluar dan terselamat. Serta masih hidup.
Eksperimen Kedua
Dia meletakkan air di dalam sebuah bikar. Kemudian dimasukkan ais yang banyak di dalam bikar itu. Selepas itu, seekor katak dimasukkan ke dalam bikar itu.
Di sebabkan air itu sejuk. Katak itu duduk dengan tenangnya di dalam bikar itu.
Kemudian, sebuah penunu bunsen dinyalakan di bawah bikar itu. Lama kelamaan. Semua ais melebur dan air mula menjadi suam.
Tidak lama kemudian, air itu menjadi panas dan akhirnya. Ia mendidih.
Katak yang berada di dalam bikar itu mati akibat kepanasan.
Pengajaran
~ Katak dalam eksperimen pertama berjaya 'hidup' kerana dia telah terkejut dengan perubahan keadaan disekelilingnya. Dia melompat keluar kerana mahu merubah keadaan hidupnya pada waktu itu.
~ Katak dalam eksperimen kedua pula mati kerana katak itu berada dalam 'keadaan yang amat selesa' pada awalnya. Katak itu tidak 'sedar' perubahan sedikit demi sedikit di kawasan sekitarnya. Dia terasa 'masih selesa' dengan keadaan sekeliling.
Akhirnya, katak ini mati kepanasan kerana 'tertipu' dengan keselesaan yang di rasainya pada peringkat awal.
Kita Bukan Katak
Masalah 'selesa' ini banyak dirasai oleh kita. Sedar tak sedar, ramai di antara kita dah rasa selesa dengan apa yang kita miliki. Betul tak?