“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
2

Melawan kesepian


Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti


 

Kadangkala,sekuat mana pun kita cuba bertahan
ternyata kita akan tewas jua..kerana kita hanya manusia biasa..

p/s: ujian itu tarbiyyah dari Allah <3


2

Keinsafan diri


Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi

Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali

Ku tidak layak ke syurgaMU
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu

Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu

Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi



p/s: :'(


4

Sutera untuk isteri



SEREMBAN – “Jika tahun lalu saya menyambut Aidilfitri dengan linangan air mata, tapi kali ini saya akan menjadikan sambutan hari raya saya dan isteri sebagai yang paling meriah dalam kehidupan kami berdua,” kata Abil Fikri Ahmad, 44.

Abil berkata, Jun tahun lalu sememangnya amat menguji dirinya apabila isterinya, Fauziah Muhamad, 38, yang dikahwini sejak tiga tahun lalu disahkan lumpuh, selain saraf otaknya tidak lagi berfungsi selepas diserang penyakit asma.

Menurutnya, dia mengambil masa tiga bulan untuk menenangkan diri kerana sukar menerima kenyataan itu.

“Saya memang cukup tertekan ketika itu dan sambutan Ramadan dan Syawal tahun lalu saya raikan dengan rasa tertekan dan sedih.

“Tapi tempoh saya bersedih dan menangis sudah berlalu kerana dalam fikiran saya sekarang hanya mahu pastikan segala keperluan Fauziah disediakan secukupnya dan sempurna sekalipun dia kini hanya mampu terlantar di atas katil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Puteh, Rasah, dekat sini.

Oleh kerana nasib menimpa isterinya, Abil mengambil keputusan berhenti kerja kerana nekad mahu menjaga isterinya sepenuh masa dengan sebaik mungkin kerana percaya inilah ujian anugerah daripada ALLAH yang menguji keagungan cintanya kepada isteri.

Menurut Abil, setelah setahun berlalu, dia kini tabah dan semakin bersemangat untuk menjaga isterinya dan berharap keajaiban akan muncul suatu hari nanti.

“Saya rindukan isteri yang dulu sebagai tempat bermanja, penghibur dan peneman hidup saya dari kesunyian tetapi kini dia sudah tidak mampu bergerak dan bercakap lagi.

“Setiap hari celik sahaja mata, saya akan perhatikan Fauziah dengan harapan dia akan sembuh, tapi saya percaya semuanya ketentuan ALLAH,” katanya.

Ketika ini, Abil hanya mengharapkan wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan serta bantuan ahli keluarga selain pernah menerima bantuan sebanyak RM500 daripada Baitulmal.

“Bantuan yang diterima saya gunakan untuk membiayai perbelanjaan perubatan isteri yang mencecah RM2,500 sebulan termasuk beberapa keperluan harian lain seperti bil elektrik dan air.

“Bagi mengurangkan beban tanggungan kos sara hidup dan ansuran pinjaman rumah, saya terpaksa menjual rumah baru dibeli di Kuala Lumpur.

Sutera kesukaan Fauziah

Sementara itu, untuk persia-pan Syawal kali ini, katanya, dia telah membelikan tiga helai kain sutera dan dua selendang untuk Fauziah.

Kata Abil, semasa sihatnya sememangnya setiap kali Syawal pilihan baju raya isterinya ialah baju kurung kain sutera.

“Kalau dulu saya tidak tahu pun jenis kain sutera ini kerana biasanya dia akan pilih sendiri dan saya hanya memberi pandangan sama ada pilihannya cantik atau tidak.

“Tapi sekarang saya perlu ambil tahu kerana ia kesukaan Fauziah dan kain tersebut saya akan pakaikannya ketika Syawal tahun ini,” katanya yang gembira menyambut Syawal bersama Fauziah,

Malah, katanya, bukan sahaja rumah dihias cantik, malah bilik isterinya juga dikemas rapi.

Abil berkata, walaupun isterinya tidak mampu bergerak, namun daripada sinar matanya seakan-akan memahami pengorbanan suami yang sanggup bersama ketika susah mahupun senang.

“Nikmat dunianya telah hilang. Jadi, saya sebagai suami akan pastikan dia dijaga paling terbaik. Tipu kalau saya kata tidak susah menjaga orang sakit, tapi bagi saya ini adalah amanah ALLAH.

“Ini Syawal kali kedua Fauziah terlantar, besar harapan dan doa saya agar Syawal tahun depan ada sinar baru buat kami berdua,” katanya.

Paling menarik setiap hari Abil akan mengambil masa mengemas kini laman blog yang mula dibuatnya sejak awal tahun lalu dengan harapan jika Fauziah pulih, dia sendiri akan membaca bagaimana kesusahan dan ketabahan seorang suami menjaga isterinya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Abil di talian 016-2634258 atau menyalurkan sumbangan menerusi bank CIMB di nombor akaun 0506-0040577-52-1.





Sumber: Sinar Harian


p/s: subhanallah.. :(

4

Mati itu bayang-bayang


Satu hari, Imam Ghazali bertanyakan anak-anak murid, 
"Apakah perkara yang paling dekat dengan kalian?"
 Berbagai jawapan yang mereka berikan. Ada yang menjawab sahabat mereka, kekasih, bahkan harta mereka  tapi ternyata salah. 
Si Imam menjawab, 
"Ada pun, yang paling dekat dengan seseorang manusia itu ialah kematian."


Mati. Suatu kepastian bagi setiap makhluk yang diberi pinjaman nyawa oleh Allah swt. Allah swt telah berjanji bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Entah bila dan bagaimana sekalian umat tersebut mati,wallahualam. Bezanya ada yang mati muda,mati sewaktu tua,sewaktu bayi dan tentulah berbeza keadaannya. Ada yang syahid, ada yang tidak sempat meraikan Syawal, ada yang begitu dan ada yang begini. Hanya Allah swt Yang Maha Mengetahui. Dan tentunya, Allah mengutuskan Malaikat maut untuk mejenguk kita 70 kali dalam sehari. Bersediakah kita? Apakah cukup iman di dada untuk dibawa sebagai bekalan?

Firman Allah swt:
Sesungguhnya, janji ALLAH itu pasti, setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185).



Tapi Allah tak sebut pula bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai JODOH. Jodoh suatu perkara yang acapkali disebut-sebut bahkan sering dibicarakan. Allah swt ciptakan setiap suatu perkara itu berpasangan. Siang pasangannya malam, gembira temannya sedih.
Cincin pasangannya permata. Hidup pasangannya mati. Manusia pun diciptakan berpasangan. Sudah termaktub di loh mahfuz siapakah pasangan kita seawal kita berusia 4 bulan di dalam rahim si ibu. Allahuakbar! Begitu besarnya kuasa Allah. 


Manusia pasti akan merasai mati. Tapi belum tentu dapat merasai jodoh. Ada yang dijemput bertemuNya sebelum mereka merasai jodohnya di dunia. Kurangkanlah berbicara mengenai soal hati.Tapi perbanyakkanlah mengingati mati. Mengingati mati, maka akan mengalirkan taqwa di jiwa seorang hamba.

Mati itu seperti bayang-bayang diri kita sendiri. Yang tetap akan mengekori kita kemana jua. Mana mungkin kita 'berpisah' dengan mati.

                    





p/s: mati... 

2

Wanita itu meninggal di malam nikahnya


[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan 'Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. 


Lalu dia berkata kepada ibunya:
"Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat 'Isyak "

Ibunya  terkejut:
"Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up?! Nanti habis dirosakkan oleh air."

Tambah ibunya lagi:
"Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi... jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu."

Anak perempuannya menjawab:
 "Wallahi... saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata:
 "Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! "

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya:

"Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya "

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?
Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

Para Muslimin sekalian, yang mempunyai "hubungan halal" atau "hubungan bebas", adakah kita bersedia untuk menghadapi hari akhirat? Esok?! Apa yang anda pilih? keseronokan dunia sementara ini atau kesenangan di akhirat?!

Semoga Allah membimbing kita semua untuk keredhaan-Nya dan memberikan kepada semua orang yang membaca kisah ini mendapat pengakhiran yang baik, amin. 







p/s: Moga Allah redha :)

5

Kesan paku di tembok


Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja. Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.
“Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.
“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya.
Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.



Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya. Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata :
“Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.”

p/s: begitu juga dengan dosa yang dilakukan,pasti akan meninggalkan kesan.. :)

5

Pedas tapi benar

Nasihat dari the real Imam Muda. Ustaz Zakuan a.k.a Ibnu Batoota yang dah merantau ke segenap pelosok dunia berdakwah walaupun umurnya masih remaja.
------
Nasihat beliau buat semua Muslimat:-
"Adakah muslimah-muslimah zaman sekarang sudah hilang semangat jihadnya?

Sudah hilang kekuatan hati?

Sudah hilang ketabahannya?


Bukan aku nak suruh perempuan-perempuan Islam jadi ganas, cuma aku terfikir bila terbaca kisah-kisah sahabiah, mereka lemah lembut tapi sangat kental, hati sekuat besi waja, tak mudah cair dengan lelaki ajnabi (bukan mahram), tak meleleh-leleh bila cakap pasal cinta, tak tergedik-gedik bila lelaki cuit.

Maka aku pun mengambil langkah untnk jadikan facebook ku sebagai malaikat maut bagi kaum Hawa, untuk mentarbiah hati mereka agar kuat, kental dan tabah!

Kalau hari-hari aku bagi status meleleh-leleh, cinta kerana Allah, lelaki soleh untnk perempuan solehah, cinta itu fitrah, carilah suami soleh dan benda-benda leleh yg lain...

"Muslimah yang terhasil nanti macam mana?"

Walaupun (di fb) bertudung, berpurdah, bertudung labuh, ikut usrah, ikut masturat;

Tapi cuit sikit, dah tergedik-gedik...
Ngurat sikit, dah sangkut....
Ajak couple sikit, terus setuju...
Lepas tu, putus cinta,meleleh2...
Ada masalah sikit, doa nak mati..
Kena marah dengan mak/ayah sikit, buat status cakap tak pernah bahagia...
Exam failed, kata taknak hidup lagi...
Pakwe tak mesej sehari, di status penuh dengan kata-kata rindu...
Pakwe marah sikit, buat status meleleh macam haram...

Fikir secara waras, adakah ini sifat wanita yg ditarbiah oleh Rasulullah SAW ketika zaman Baginda SAW?

Nama Saidatina Fatimah, Aisyah, Khadijah, Safiyyah, Ummu Salamah, Ummu Habibah, Sumayyah, Ummu Darda', Masyitah, Balqis, Maryam dan ramai lagi diagung-agungkan kalian. Tapi apa kalian kenal siapa mereka? Bagaimana hebat dan kentalnya hati mereka? Ikut sikap dan akhlak mereka?

Memang akal kalian senipis rambut, tapi kalian bukan BODOH...
Aku datang sebagai pengetuk kepala kalian untnk bangun dari tidur, untuk sedarkan kalian supaya jangan jadi bodoh, jangan jadi hamba lelaki, jangan jadi hamba cinta haram, jangan jadi perempuan murahan, jangan kapel free2 macam bohsia, jangan dok bermanja dengan lelaki macam perempuan tiada harga...

Nabi SAW telah bersabda mafhumnya (au kama qaal), jika seorang lelaki mendapat wanita solehah sebagai isteri, maka separuh agamanya telah sempurna...

Apa kalian sedar 'kesolehahan' kalian itu harganya separuh dari agama?

----
"Subhanallah"
 
 
 
Wahai wanita! tahukah anda?
 
Menawarkn diri (utk dikahwini) kpd lelaki yg diyakini boleh membimbing dirimu adalah SUNNAH TAKRIRI DAN DIHUKUM SUNAT...tidak ada celaan kpd wnita mulia begitu kerana mereka sgt mulia krana risaukn agama mreka.
 
Sunnah takriri = sunnah yg nabi x buat tp diakui baik oleh Baginda Nabi SAW.
 
 
p/s: note for myself also. Nak try juga buat sunnah takriri..hmm.. :)


2

10 yang terakhir




0

40 jenis suami yang....


1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.
Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.
Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jenis.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung.

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya. 







21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak2.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak'.

25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling
tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda2 HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak2.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah sorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain. 

Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.
(An-Nisak:34)

p/s: err..  tepuk dada tanya iman :)

2

Hari ke 13


Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Back to Top