“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
7

Wanita


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. begitu juga sebaliknya.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.




5

Hukum "Merry Christmas"


Semoga bermanfaat untuk semua. (diambil dari FB Kami Peminat Ustaz Azhar Idrus)

Soalan 1 : Ramai sangat ke Kristian kat Malaysia ni? setahu saya ada 9.1% je Kristian. tapi kenapa ramai yang sungguh-sungguh tanya pasal Christmas ni? seolah-olah Kristian yang ada kat Malaysia ni bukan 9.1%, tapi 91.0% pulak  

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tu la…tak sibuk nak ucap yang Nabi saw suruh ucap…doa dan zikir banyak lagi yang tak reti..

Soalan 2 : Betul dok ni? ..Jangan Ucap Merry christmas!! . Christmas adalah hari untuk orang kristian. Dan menurut kristian apabila anda mengucap “Merry Christmas” anda secara tidak sengaja mengaku Allah mempuyai anak. 

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) dah larang sokmo tapi jenis melayu ni degil..

Soalan 3 : Apa hukum kalau pergi ke rumah orang yang buat jamuan sempena majlis perayaan krismas? 

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus cuma jangan buat amalan-amalan berkait agama mereka.

Soalan 4 : (1) Apa hukum seseorang mengucapkan selamat hari krismas pada rakan-rakan yg menyambutnya? (2) Sekiranya, rakan-rakan (daripada Sabah Sarawak) membuat majlis sambutan krismas bersama sedikiit jamuan makan, boleh ke kita turut serta dlm jamuan tersebut? 

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) 1. ucap tahniah sahaja. Jangan ucap merry atau selamat. 2. boleh jika rakan kerja atau jiran sebelah. Jangan ucap atau buat apa-apa yang berkait dengan agama mereka, sekadar hadir menjamah jamuan yang halal sahaja.


 
Soalan 5 : Mengucapkan merry christmas kepada non muslim.. jatuh haram ke? ..orang non muslim ni dah tau dah kita x leh ucapkan merry xmas.. so diaorg pun x ucapla selamat hari raya…jadi mana keharmonian kat situ? .. Nabi sendiri pun bile didatangi tetamu/raja non muslim.. baginda layan elok2.. 

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) bolih ucap dgn lafaz ..tahniah sahaja..jgn ucapkan dgn lafaz salam.. kalau kafir tak mau ucap selamat hari raya tak jadi msalah dan bukan tanda tak harmoni kalau kafir tak ucap selamat hari raya… zaman Rasulullah saw masih hidup pun kafir2 tak ucap selamat hari raya.. harmoni bukan dengan saling ucap selamat hari raya.. harmoni ialah dengan ditegakkan hukum dan perintah agama di mana saja kita berada..

Soalan 6 : Perayaan2 etnik terbesar diMalaysia seperti krismas, deepavali, raya cino dll….Setakat mana umat Islam dapat merayaknnya?  

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) harus hadir ke rumah kafir pada hari-hari raya mereka dengan tidak membuat amalan agama mereka atau ucapan agama mereka.

Soalan 7 : Ape hukum seseorang Islam menyambut perayaan orang agama lain macam contoh Krismas or Tahun Baru Cina?  

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tak bolih sambut..yg bolih ialah ziarah rumah jiran yg kafir pd hari raya mereka sahaja..

Soalan 8 : Rumah terbuka sempena christmas.. 

(Jawab) Ustaz Azhar Idrus ( Original ) sunat orang islam tidak berpakaian cantik pd hari2 raya kafir kerana menunjukkan tidak meraikan perayaan kafir yg batil dari Kitab Bahrulmmazi.


p/s: semoga bermanfaat & jangan main redah ucap je..  :)


4

Review novel : Tertulis Buat Kita




Sekalung tahniah buat novelis Dhiya Zafira di atas kelahiran buah tangan yang ke- 6,Tertulis Buat Kita aka Jimmy’s Story. Kalau dulu dalam Jauh Kau Pergi aka JKP,watak Jimmy ada di antara celah-celah Rif dan Afi. Tapi kali ni Najmi Hariri si komando yang menjadi hero di samping pelengkap hidupnya,Auni Sofina.

Bagi saya, cerita ni sangat best. Satu,jalan ceritanya lain dari yang lain. Kalau sekarang fenomena novelis menulis cerita kahwin paksa, kahwin sebab khalwat dan sebagainya. Tapi penulis TBK memilih jalan cerita yang langsung jauh dari cerita yang stereotaip. Saya puji penulis yang berani membuat kelainan pada jalan ceritanya. Jalan cerita yang tak klise.

Kedua, penulis TBK menggunakan ayat yang mudah untuk dihadam oleh pembaca. Dan saya amat suka penggunaan bahasa Inggeris dalam TBK. Simple. 

Ketiga, dah tentu warna-warni watak hero dan heroin TBK yang melengkapkan perisa dalam TBK. Kalau dalam JKP, kita hanya kenal Jimmy si Cougar yang merbahaya. Tapi melalui TBK,kita dapat kenal Jimmy dari pelbagai sisi. Jimmy yang tegas,dan tough. Tapi pada sisi lain seorang yang lembut hatinya dan juga kelakar. Kalau lelaki lain di tempat Jimmy belum tentu lelaki tersebut punyai kesabaran macam Jimmy. Sabar je walau nak kena tembak dengan isteri sendiri.

Auni Sofina. Nampak je lembut tapi sebenarnya sangat lasak. Kasih sayangnya terhadap Jeff amat mengharukan. Tetap berharap abangnya pulang. Tapi Allah lebih sayangkan Jeff. Auni, seorang wanita yang keras kepala tapi lembut di hati. 

Part yang paling best dalam TBK semasa Auni tembak Jimmy. Jimmy sempat lagi berayat manis dengan Auni. Padahal waktu tu antara hidup dan mati. Jimmy pun macam pasrah je dan sangat memahami kenapa Auni tembak dia. Tapi Auni pun sebenarnya tak sanggup nak tarik picu tu. Part paling sedih sewaktu Auni menjadi ‘tawanan’ pada suami sendiri. Masa tu, Jimmy seolah-olah dibayangi Cougar. Sangat menakutkan. Cakap pun beraku-kau. Tapi dalam hati,Jimmy pun sedih sebab layan Auni macam tu tapi itu semua untuk kebaikan Auni sendiri.

Keseluruhannya, TBK amat mengujakan kerana jalan cerita lain dari yang lain,dan watak-watak hero-heroin yang membuai rasa. Konflik pun mudah untuk difahami. Dan cerita ni buat saya rasa semakin nak tahu apa yang akan jadi selepasnya dan seterusnya. Di tambah pula dengan unsur-unsur suspens,komedi dan romantika de amor membuatkan adunan TBK menjadi sempurna dengan segala rencah rasa. Tahniah buat Dhiya Zafira. Semoga terus berkarya. 

Plus, tajuknya pun dah buatkan saya tertarik, "Tertulis Buat Kita."
 

Ni, hadiah yang saya dapat untuk tempat ke-2 peraduan Baca & Ulas by Dhiya Zafira, from Korea, terima kasih berjuta-juta lemon akak :)





2

Mata yang dicintai Allah


✔ Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada Jalan Allah SWT.

✔ Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah SWT.

✔ Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.

✔ Mata yang memerhati kejadian Allah SWT.

✔ Mata yang memandang Kitab Allah SWT-Al-Quran Al-Karim ( Membaca, mengambil pengajaran dan mengamal dalam kehidupan ).

✔ Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.

✔ Mata yang berjaga malam di jalan Allah. (Qiam)
 
 
0

3 jenis kawan





p/s: kawan..?? hmm..
0

Andai mayat berkata-kata..


Hari berganti hari. Keadaanku semakin tenat. 
tubuhku terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu mengapa aku ditempatkan di sini.

Sebelum tu, yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah, lalu bertembung dengan lori balak.Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa. Pandanganku kabur. Tidak dapat kupastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku. Aku terasa dadaku teramat berat dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi. Derita sungguh. Nafasku sesak.

Tiba-tiba tanganku dipegang kuat. "Mengucap sayang….mengucap…….. Asyhaduallailahaillallah………" Ucapan itu dibisikkan ke telingaku disertai dengan tangisan. Itu suara ibu.

Manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil, manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku, manusia yang pernah memberi susunya ser ta yang pernah merotanku kerana degil.

"Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu. Pasti itu suara abang. Mungkin abang baru sampai. "Tenat", jawab doktor dengan ringkas. "Itu kata doktor bang, jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha."

Sudah seminggu aku terlantar di wad ini, kenapa baru sekarang abang menjengah? Datanglah ke sini, aku ingin berbicara denganmu. datanglah….. Tapi mataku…….semakin gelap. Adakah aku sudah buta? Tidak!!!! Aku tidak mahu buta. Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik, banyak-banyak ingatkan Allah." Abangkah yang bersuara itu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang. Tolonglah adikmu ini. Tolong bukakan mataku. "Tekanan
darahnya amat rendah". sayup sayap kedengaran suara doktor.!

Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak. Ibu,kau hanya mampu menangis saja dan bila tiba saatnya, kita akan berpisah. Tapi,ibu…..aku tidak mahu berpisah denganmu. Tolonglah ibu,selamatk anlah daku. "Yassin……".bacaan yassin terngiang-ngiang di telingaku. Aku tahu itu suara abang. Tetapi kenapa aku
diperdengarkan dengan suara itu???

Apakah aku sudah menghampiri maut??????? Aku takut!!!!!!! Sedetik lagi sakaratul maut datang. Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang. Aku di ambang sakaratul maut…… Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi. Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut. "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".

Tapi rintihan ku tidak dipedulikan. Apa mereka semua sudah pekak? Aku dilambung resah, gelisah dan penuh kesah.! Keluhan dan rintihan "Panas, dahaga,haus, panas……..".tapi tiada siapa pun yang peduli.

Nenekku datang, "Nenek………..". "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

"Ibu……". Ibuku datang, Ibu mengg oyangkan buah susunya." Ini ibumu. Air susu ini membesarkanmu, nak. Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi."

"Ayah…….kau datang ayah……." "Matilah dalam agama yahudi anakku. Matilah dalam agama nasrani. Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

"Mengucap sayang,mengucap. Asyhaduallailahaillallah……". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku. Itu suara ibu. Tapi lidahku sudah menjadi kelu. Manusia-manusia berjubah hitam datang. "Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau, katanya "Mari ikut kami". Cahaya putih datang.




Datang kilatan hitam. Datang sinaran kuning. Cahaya merah datang. "Apa ini, apa ini? Akulah sakaratul maut…….!!!!!!".

Kedinginan menjalar, merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku diselimuti sejuk dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku. "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah……." Aku tersentak. Roh kuberselerak di dalam tubuhku.Lalu, nnalillahi wainnailaihi
rajiuun….

Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya. Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku, seperti bau sampah yang amat busuk.

"Apa yang busuk ni? Tak adakah orang yang mengangkat sampah hari ini? Ah, busuknya, hanyirnya, hancingnya……".

"Assalamualaikum……"
"Siapa yang memberi salam itu?"
"Aku"
"Kau siapa wahai pemuda???"

Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku. Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh, sekotor dan sebusuknya di dunia ini. Rambutnya yang tidak terurus, baju yang dipakai berlumut hijau, kuning, coklat dan entah apa-apa warna lagi, dari lubang hidung, telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar. Tanpa dipedulikannya…… jijik, loya, aku rasa……..teramat loya
melihatnya.

"Kau tak kenal aku?"
"Tidak," jawabku tegas. Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini.
"Aku sahabatmu, kau yang membuat aku hari-hari."
"Bohong!" Aku menjerit sekuat hati. Biar semua penghuni wad ini
mendengarnya. "Aku tak kenal engkau! Lebih baik kau pergi dari sini."
"Akulah amalanmu yang keji………."

Aku terdiam. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Ya! aku teringat kini, semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu. Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan dijelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh..Tuhan,aku banyak dosa. Aku memang lalai, cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan. Solatku kerana kawan, dan bukannya ikhlas kerana Allah. Pergaulanku bebas, tak kenal muhrim ataupun tidak. Tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat. Apa yang aku harus lakukan!!!!!

Surah yassin yang abang pegang diletakkan di atas dahiku. Aku melihat kak long dan kak ngah menangis. Aku juga lihat mata abah bengkak.Tiba- tiba badanku di sirami air. Air apa ini????? "Tolong….sejuk!!!! Kenapa air ini berbau air kapur barus. "Tolong jangan tekan perutku dengan kuat, sakit!!!!" Kenapa ramai orang melihat aku??? "Aku malu…..malu…..malu……!!!!!!". Aku diusung ke suatu ruang. Aku lihat kain putih dibentangkan. Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu. Kapas dibubuh di celah-celah badanku. Lalu aku dibungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti, tunggu!! Jangan bungkus aku. Kenapa kalian semua buat aku macam ini? Tolong… rimas…. panas…….."

Kemudian aku diletakkan di suatu sudut. Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku. Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama. Tapi kenapa aku disembahyangkan? Bukankah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir, ruku’, sujud dan tahiyyat.

Aku d iangkat perlahan-lahan kemudian diletakkan di dalam kotak kayu. "Kotak apa ini?" Aku diusung oleh enam orang termasuk ayah dan abang. Aku diusung setapak demi setapak. "Al-Fatihah!" Kedengaran suara tok imam. Kelihatan ibu, kak long, kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang tapi ke mana dibawanya aku?..

Nun jauh di sana, kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya? Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan, kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku. Beberapa tangan memegangku dan aku diturunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan", aku terdengar suara tok imam memberitahu. "Tolong keluarkan aku dari sini! Aku seram!!!"

Kini aku berada di dalam liang sedalam enam kaki. Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku. "Tanah apa ini?" "Aduh sakitnya badanku ditimbusi tanah". "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun…….Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita kembali".

Kedengaran bacaan talkin dari to k imam.
Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar, siratul mustaqim itu benar, syurga dan neraka itu juga benar……

Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin, tetapi makin lama makin hilang. Pandanganku makin lama makin kabur dan terus tidak kelihatan. Tubuhku terasa telah ditimbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang dilemparkan ke atas ku. Terasa semakin gelap dan …….aku kini keseorangan…….

ana hudu un.. 
0

Wanita bernilai 10K


Ustaz Azhar Idrus kata:

CIRI-CIRI wanita hantaran RM10,000 dan ke atas...

1: Solat tidak tinggal
2: Menutup Aurat
3: Tidak pernah kapel
4: Jaga tingkahlaku
5: Pandai mengaji
6: Tahu hukum agama
7: Hafal quran
8: Pandai memasak
9: Pandai menjahit



0

With you






Allah,
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there's hearts all over the world tonight

What can I do?
I need Allah,
And the hearts all over the world tonight.
I said there's hearts all over the world tonight

Wish I was smarter, when I was younger.
Found something better - made me a winner and,
I'm so glad to be Yours!
It's my life that you own.


I start my journey when You forgive me
I swear my whole world stops.
You are in my heart and, I'm so glad that its fine
You are One truly kind...

You lighten me!
Feel it, through and through, and
For sure ya Rabbi, there ain't nothing You can't do!
Because if I got You,
I don't need money!
I don't need cars!
Lord, you're my all!

And...Oh!
I'm into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..
And now I know I can't be the only one,
I bet there's hearts all over the world tonight,
with the Love of their life who feel...what I feel when I'm

With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!

I don't want nobody else
Without You there's no one left and,
the Master of judgment day,
I got to have Your love and I cannot do without,

If I got You,
I don't need money!
I don't need cars!
Lord, you're my all!
Oh!
I'm into You my Lord,
No one else would do!
With every test you put me through,
the miracles, you help me do..

With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem!

And I will never try to deny,
That You are my life,

Because if You ever let me go I would die!

So, I won't front!
I don't need another mission,
I just need you as my vision!
If I got You, I'll be straight,
Rabbee I need you every day!

I need Allah...
And the hearts all over the world tonight,
I said there's hearts all over the world tonight
What can I do?

I need Allah...
And the hearts all over the world tonight,
I said there's hearts all over the world tonight

Rabighfirli
Fantal kareemuu!

Wa3fu ya rabbee
Fantar raheemuu!

With You, with You, with You, with You, ya Rahman!
With You, with You, with You, ya Raheem! 









p/s: very creative,aite? there are a lots of ways to dakwah :)



0

Jangan pandang luaran..




Ayuhlah, kembalilah kepada fitrah..
Manusia sentiasa mendabakan kebaikan untuk dirinya, dan bagi mereka itu ada jalan yang lurus daripada Allah, yakni ISLAM. Ikutlah petunjukNya, usah kita lepaskan genggaman kita daripada Al-Quran dan sunnah...





Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,
(Surah Ar-Rum 30 : Ayat ke 30) 
 
 
 
p/s: sayyidul ayyam <3
 
 
 
2

Siapa suka menangis?



Siapa kata menangis tak berguna?
Setiap yang dicipta oleh tuhan ada kelebihannya!
Jadi mari kita tengok apa kelebihan menangis!

7 Kebaikan yang boleh anda dapatkan setelah menangis.

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan level depresi dan mengembalikan mood yang lebih baik.



4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan mendapati bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun.Tapi jangan salah faham, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan melalui mata.

5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Mengeratkan hubungan silaturahim
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga boleh membantu mengeratkan hubungan Silaturahimi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera pelbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.



p/s: menangis air mata darah sekalipun,takkan mampu mengubah takdir Allah.. :'(


4

Salahkah aku..




Jazakallah khairan khatira.  Sungguh! Aku tersentap. Jantung bagai direntap. Penghinaan apa yang sedang kau lemparkan pada aku? Apa hak kamu untuk menafikan aku untuk berdoa untuk sesiapa. Itu antara aku dengan Allah swt. Segala isi doa aku hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Apa,aku tidak berhak berdoa sesuatu untuk diriku sendiri? Siapa kamu untuk menafikan hak itu? Setiap insan di ceruk bumi ini berhak untuk berdoa. Sedangkan iblis yang menderhaka itu berdoa kepada Allah swt supaya dipanjangkan hayatnya. Lalu Allah swt perkenankan. Nah, apa alasanmu untuk menghalang aku untuk terus berdoa pada Dia. Dia yang selalu ada untukku, Dia yang memulihkan aku dari kesakitan yang kau berikan pada aku. Aku berhak untuk berdoa! Kerana Dialah tempatku mengadu saat kau merobek-robekkan jiwa aku yang sememangnya rapuh ini. Jadi, kenapa kamu mempersendakan doaku? Sedangkan Allah Maha Menerima segala doa hambaNya. Apa kerana aku bukanlah wanita bertudung labuh seperti dia lalu aku tidak layak berdoa untuk sesuatu yang aku perlukan? Sewaktu aku ditolak,cukuplah aku kecewa saat itu. Namun, bila aku dinafikan hakku untuk berdoa, aku merasakan ini satu penghinaan. Jangan hukum aku kerana doaku. Sedang kau pun sama sepertiku,hanya insan yang biasa tidak mempunyai kuasa atas apa-apa perkara. Allah! Allah! Allah! Kuatkan aku. Jangan biarkan aku menangis kerana penghinaan ini. Jangan risau aku maafkan kamu. 



p/s: Allahu Rabbi..salahkah aku kerana berdoa? very-very insulted :(
2

Kelebihan hari Jumaat


1. Berlakunya hari qiamat.

 Dalam suatu hadis riwayat muslim, Rasulullah saw ada menyebut bahawa: 

“Pada hari jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”

Dalam hadis lain, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :

“Hari yang dijanjikan ialah hari qiamat. Hari yang disaksikan ialah hari arafah, dan hari yang menyaksikan ialah hari jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari jumaat.”

2. Nabi Adam diciptakan dan baginda juga disingkirkan dari syurga.

Hari ini Nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. 

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. Diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

3. Penghulu segala hari.

Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana islam meletakkan jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. 

Dalam suatu hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh abu hurairah yang bermaksud: 

“Jumaat dinamakan sebagai ‘saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah solat jumaat.

4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari jumaat.

Menurut Rasulullah saw:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari jumaat atau pun malam jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”

5. Kebaikan dengan memotong kuku.

Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”

6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada allah sesuatu kebaikan melainkan allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Berdasarkan hadith Rasulullah saw daripada Abu Hurairah yang bermaksud:

“Pada hari jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan Rasulullah saw menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi Burdah Bin Abi Al-Amusa Al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah saw pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. 

Hadith Rasulullah saw daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari jumaat, akhir waktu asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)

Sabda Rasulullah saw lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)



Semoga jumaat ini menjadikan kita seorang hamba Allah yang lebih bertaqwa, lebih menyantuni, lebih berjaya dan lebih cemerlang…dunia & akhirat!


Back to Top