“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
2

Pantun Jodoh

Kucing berlari dua tiga,
seekor sembunyi dalam kain,
Umur baru dua puluh tiga,
mak dah bising tanya bila nak kawin.


Ikan haruan masak lemak,
tersekat tulang dianak tekak,
Tak cukup dengan mak,
makcik-makcik,nenek-nenek pun tanya jugak.

Kain batik kain basahan,
terkoyak tersangkut dimata joran,
Dulu masa sekolah, mak pesan,
jangan bercinta nanti ganggu pelajaran.

Panau banyak macam peta,
Belakang berbelang kena rotan.
Jadi budak baik mendengar kata,
23tahun tak keluar ngan jantan.

Petang-petang mandi kolah,
Rambut mengerbang banyak kutu,
Bila dah habis sekolah,
mak kelam-kabut carikan menantu.

Anak kerbau mati tersepit,
Anak ikan mati dijala,
Pantang tengok lelaki baik sikit,
asyik cakap 'terimajela'.

Beras ditumbuk dibuat bedak,
lesung terjatuh jari terluka,
Bukannya tak ada orang yang hendak,
masalahnyer hati dah tak terbuka.

Kaki tempang jalannya senget,
Buku lali terasa keras,
Masih teringatkan cinta monyet,
masa umur baru lima belas.

Jolok kedondong pakai galah,
jolokkan sekali buah kuini,
hmm..apa nak jadi pon kadilah
Malas nak pening lalat pikir pasal ni.

Tengah hari tertidur lena,
jam didinding berdenting dua,
Kalau ada jodoh nanti,tak kemana.
Cari tak cari..ke temu jua.

jalan ke pasar guna selipar,
kalau tak pakai nanti terluka,
cari jodoh jangan celopar,
nanti ada pulak yang terluka.

turun tangga,
naik tangga,
gaduh-gaduh setiap masa,
memang dah adat bercinta.

berjalan-jalan ke sana-sini,
orang tua susah nak cari,
gere tak baik disana-sini,
yang baik tuh susah nak cari.  



*gere= pakwe or makwe







~semoga diriku ditemukan dengan jodoh yang soleh dan beriman..Amin..Ya Rabb al-amin~










2 comments:

♥ mUngE nAdEa ♥ said...

best la pantun kamu nie =D

ilhani_nurash said...

haha..thanx :P

Back to Top