love is pain |
2
Kepada...
Kepada Yang Masih SINGLE…
Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia
menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia
akan menghampirimu di saat kau tak menduga.
Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula
ia menyakiti, tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau
berikan pada seseorang yang layak menerima.
Kepada Yang Ragu-ragu Dengan PERNIKAHAN…
Cinta bukannya mencari seseorang yang “SEMPURNA”, tetapi
menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu
sempurna.
Kepada PLAYBOY / PLAYGIRL…
Jangan katakan “AKU CINTA PADAMU!” bila kau tidak
benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu
tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang
bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap
ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan
hanya pembohongan. Hal paling kejam yang dilakukan
ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan
kau tidak berniat langsung “UNTUK MENERIMANYA”
saat ia terjatuh.
Kepada yang PATAH HATI…
Sakit… patah hati… bertahan selama kau
menginginkannya dan akan menghiris luka
sedalam kau membiarkannya. Persoalannya,
bukan bagaimana kita mengatasi rasa sakit
itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil sebagai
pengajaran dan hikmahnya.
Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA…
Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh,
jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar
selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak
adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan
bermakna tidak boleh meminta apa-apa.
Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi
jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang
benar-benar dialami.
Kepada yang ingin MENGUASAI…
Hatimu patah melihat org yang kau cintai
berbahagia dengan orang lain, tetapi akan lebih
sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang
yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu.
Kepada yang takut MENGAKUI…
Cinta menyakitkan bila anda putuskan
hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih
sakit lagi bila seseorang memutuskan
hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling
menyakitkan apabila orang yang kau cintai,
langsung tidak mengetahui perasaanmu
terhadapnya.
Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI…
Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila
kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta.
Kemudian akhirnya menyedari bahawa
dia bukanlah jodohmu dan kau telah
mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk
seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang
dia sudah tidak layak, 10 thn dari sekarang
pun dia tetap tak akan layak. Biarkan
dia pergi dan lupakan.
Cinta memang indah tapi banyak ranjau onak berduri didalamnya…
p/s: taken from other website
Salam Maulidur Rasul..
Assalamualaikum fren et al..
Salam Maulidur Rasul semua..
Yeay..semalam cuti lagi..public holiday..peristiwa yang bersejarah dalam kalendar Islam..
Tak nak cakap pasal hari ni but..its all about yesterday..
Semalam,15 Februari bersamaan 14 Rabiulawal 1432h..
merupakan kelahiran junjungan besar umat Islam sekalian alam..
juga rasul terakhir yang tercatat dalam Islam..
Muhammad nama diberi..piatu ketika menjengah ke dunia..
itulah baginda Rasulullah s.a.w..
Semalam jugak,aku kuar dengan kengkawan aku...saje jejalan..
Pagi semalam tu, redup and cerah jew..then,hujan rintik2..hujan rahmat,bisik hatiku...
Masih bersemarakkah cinta kita terhadap baginda?
Sejauh manakah cinta kita terhdap Muhammad?
Sedangkan di saat kematian baginda mampir, Rasulullah masih memikirkan umatnya..
Mungkin peredaran masa di zaman global ini..
Menghakis ingatan kita terhdap peristiwa yang satu ini..
Mungkin mentaliti umat Islam sekarang terlalu moden..
Ada sesetengah pendapat kata, tak sambut pun ok, sambut pun ok..
tp bg personal view aku..bagus kalau sambut..yela, dapat memperingati baginda..
ofcosla,jumpa or tgk muka pun tak penah kan..
So, masa nilah kita nak kenal and tahu salasilah junjungan mulia kita..
Based on pada pengalaman aku,
sambutan Maulidur Rasul ni lebih meriah
semasa aku primary and secondary school..
semasa aku primary and secondary school..
Aku ingat lagi masa tu,aku kena beratur ikut rumah sukan
and also pakai baju kurung kuning la
sebab rumah sukan aku warne kuning masa tu...
sebab rumah sukan aku warne kuning masa tu...
Then, kitaorang start perarakan sambil2 berselawat..
masa tu pagi la..lam around kul8 lebih2..
masa tu pagi la..lam around kul8 lebih2..
Kalo tengahari, maybe ade yang pengsan gamaknya..panas kan..
Tak silap aku masa tu pusing dua tiga kampung jugak la..
Yang lucunya kaum2 ibu yang berjawatan suri rumah sepenuh kat area kampung tu,
kuar tgk kami berarak..hahaha
Tgk cam tak berkelip jew..hahah..
Then, ble smapi skewl balik tu, aku and kengkawan masuk dewan..
ade ceramah..masa tu jugak terselit lah juga pertandingan nasyid sempena Maulidur Rasul..
Tapi aku tak ambik port pun..tukang tengok jew..
yela,suara aku mmg mcm ‘buluh perindu’ kot..hahahaah
Tu cara sekolah dulu2 aku memperingati Rasulullah..
When masuk IPT nie..lain sikit..macam kureng sikti..
tak meriah mane compare semasa aku masih di sekolah dulu..malam semalam..
start kul8 smpai 11mlm..3jam!!! hah? terkezzuuuuut??
Asalnya, assume smpai kul 11 jew tp ustaz make it short to 10 lebih..
yela,sebab keesokkannya ada kelas and anything else...
Plus, if ade ceramah or pape,maybe mase tu jela kot kita ingat and feel tentang sejarah baginda..
then, lepas abis terus hilang gitu..huhu..ni pandangan aku sendiri la..
sebab aku pun ade jugak la ciri2 gitu..tapi aku harap pew yang disampaikan oleh ustaz semalam,
akan jadi pedoman dan iktibar pada aku..InsyaAllah..
Wallahualam bissawab..salam maulidur rasul...
Say No!!
Assalamualaikum..kabare??
dah lama tak jenguk mr blog aku ni..hopefully sihat2 la yer..
hari ni 12 Feb 2011..hmm..if duk tenung2..
lawa jugak kan tarik hari nie??not bad la kan..
lagi dua hari nak masuk 14 Feb 2011..
korang mesti taw sgt kn pasal 14 Feb nie kan..
ye..btol dh pew yg korang assume tu..hari kekasih a.k.a Valentine's Day..
bagi yg non-muslim wajib la kan dorang celebrate dgn mcm2 cara
and aku pun taw org Islam haram sama sekali sambut Valentine's Day..
dari pew yg aku baca..Valentine's Day tu sebenarnya
ada 3 versi..
Versi 1
pasal seorang paderi, Pedro St. Valentino yg perjuangkan agama kritian
hingga dibunuh pada 14 Feb kerana sebarkan ajaran yg bertentangan..
and that's why org Kristian mengambil sempena 14 Februari
untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine.
Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia
sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu
menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga.
Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja.
Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom
dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.
Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol.
St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting
dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat.
14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol
dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang
kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Just imagine, kalau kita meraikan hari ini,
ofcos ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam sendiri.
Plus,yg baru aku baca,
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia
kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:
“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.
aku bukan nak memandai or ckp syok sendiri..
tapi kan aku rasa
out of the mind if a girl give her virginity
to her bf as a present for Valentine's Day..
yela, we have pride..
jgn nak suka2 serah diri kat laki
especially laki hidung belang yang cm rimau tuh..hahaha
now,
kat college aku pun dah upgrade new rule
which is zero coupling..
pulak tu, kat kolej aku 97 percent Muslim..
memang patut la kan..
if ade jew couple yg duk berdua2an
automatically,nama terus submit kat admin
sebagai nk elak dorang wt yg pelik2 sempena Hari Kekasih ni..
ape tidaknya,if dah berdua-duaan
muncul la yang ketiga
yang men'mutiple'kn nafsu..btol tak?
ni pun sebagai peringatan untuk diri aku..
moga2 Allah lindungi aku daripada hal yang sedemikian..
wallahualam bisawwab..
Subscribe to:
Posts (Atom)