Ni, hadiah yang saya dapat untuk tempat ke-2 peraduan Baca & Ulas by Dhiya Zafira, from Korea, terima kasih berjuta-juta lemon akak :) |
Review novel : Tertulis Buat Kita
Sekalung tahniah buat novelis Dhiya Zafira di atas kelahiran buah tangan yang ke- 6,Tertulis Buat Kita aka Jimmy’s Story. Kalau
dulu dalam Jauh Kau Pergi aka JKP,watak Jimmy ada di antara celah-celah Rif dan Afi. Tapi
kali ni Najmi Hariri si komando yang menjadi hero di samping pelengkap
hidupnya,Auni Sofina.
Bagi saya, cerita ni sangat best. Satu,jalan
ceritanya lain dari yang lain. Kalau sekarang fenomena novelis menulis
cerita kahwin paksa, kahwin sebab khalwat dan sebagainya. Tapi penulis
TBK memilih jalan cerita yang langsung jauh dari cerita yang stereotaip.
Saya puji penulis yang berani membuat kelainan pada jalan ceritanya.
Jalan cerita yang tak klise.
Kedua, penulis TBK menggunakan ayat
yang mudah untuk dihadam oleh pembaca. Dan saya amat suka penggunaan
bahasa Inggeris dalam TBK. Simple.
Ketiga, dah tentu warna-warni
watak hero dan heroin TBK yang melengkapkan perisa dalam TBK. Kalau
dalam JKP, kita hanya kenal Jimmy si Cougar yang merbahaya. Tapi melalui
TBK,kita dapat kenal Jimmy dari pelbagai sisi. Jimmy yang tegas,dan
tough. Tapi pada sisi lain seorang yang lembut hatinya dan juga kelakar.
Kalau lelaki lain di tempat Jimmy belum tentu lelaki tersebut punyai
kesabaran macam Jimmy. Sabar je walau nak kena tembak dengan isteri
sendiri.
Auni Sofina. Nampak je lembut tapi sebenarnya sangat
lasak. Kasih sayangnya terhadap Jeff amat mengharukan. Tetap berharap
abangnya pulang. Tapi Allah lebih sayangkan Jeff. Auni, seorang wanita
yang keras kepala tapi lembut di hati.
Part yang paling best
dalam TBK semasa Auni tembak Jimmy. Jimmy sempat lagi berayat manis
dengan Auni. Padahal waktu tu antara hidup dan mati. Jimmy pun macam
pasrah je dan sangat memahami kenapa Auni tembak dia. Tapi Auni pun
sebenarnya tak sanggup nak tarik picu tu. Part paling sedih sewaktu Auni
menjadi ‘tawanan’ pada suami sendiri. Masa tu, Jimmy seolah-olah
dibayangi Cougar. Sangat menakutkan. Cakap pun beraku-kau. Tapi dalam
hati,Jimmy pun sedih sebab layan Auni macam tu tapi itu semua untuk
kebaikan Auni sendiri.
Keseluruhannya, TBK amat mengujakan kerana
jalan cerita lain dari yang lain,dan watak-watak hero-heroin yang
membuai rasa. Konflik pun mudah untuk difahami. Dan cerita ni buat saya
rasa semakin nak tahu apa yang akan jadi selepasnya dan seterusnya. Di
tambah pula dengan unsur-unsur suspens,komedi dan romantika de amor
membuatkan adunan TBK menjadi sempurna dengan segala rencah rasa.
Tahniah buat Dhiya Zafira. Semoga terus berkarya.
Plus, tajuknya pun dah buatkan saya tertarik, "Tertulis Buat Kita."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
dah lama tak layan novel alaf ni. skng ni dok sibuk baca JS punya. huhu.
wah dapat hadiah.. bestnya :)
terus nk cari novel tu.. tapi mood kena hadapi final exam dlu~~ huhu
@noraim : novel JS pun best2 jugak.. :)
sea lavender: haha..sy baca je time final exm, btw good luck 4 exam :)
Post a Comment