“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Hati Ini Milik...


Pesan pada DIRI.. 
Jangan tersalah memberi HATI pada insan yang tak sudi..
Pada insan yang tak mengerti.. 
Kerana,
sekali kau memberi,
selamanya dia di HATI.. 
Kerana,
sekali kau dilukai,
sampai bila2 tetap kau ingati..
Pesan lagi pada diri,
hati2lah dalam memberi HATI 
sebab 
ia hanya untuk insan yang tahu menghargai
betapa tingginya nilai sekeping HATI



Cinta bukan milik kita
Setiap perpisahan tidak sia-sia.

Tak perlu bersedih lama.
Cinta itu milik Allah. 
Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kamu 
sehingga tawar hatinya.

Hati ini milik Allah.
Pemilik hati ini juga milik Allah.
Lalu, 
mengapa harus bersusah payah mencari 
jika segalanya atas aturan Allah.
Biarkan Allah mengaturnya

kita terima dengan berusaha,redha serta syukur. 

Sebab, 
mungkin esok atau lusa 
Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar 
dalam hati si dia yang setepatnya untuk kamu. 
Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati.
Hari ini dan esok, 
bak kata Saiyidina Umar:


"..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." 
Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. 
Sabarlah hingga kau temukan permata.






p/s: Dalam diam aku tertarik dengan sifatnya, ilmunya agamanya, akhlaknya, ketampanannya, gaya pemakaiannya...Aku diam kerana aku tahu dia milik ALLAH, aku hanya perlu minta kepadaNYA....

0 comments:

Back to Top