Assalamualaikum wbt..salam jumaat..
Kelebihan Hari Jumaat
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu
1) Allah ciptakan Adam ,
2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi,
3) Allah mematikan Nabi Adam,
4)
Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang
memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia
tidak meminta sesuatu yang haram.
5) Pada hari itu juga akan
terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat
dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga
lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
( Riwayat Hadis Muslim)
Dalam hadis lain, Rasulullah S.A.W
bersabda yang bermaksud: “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari
yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari
Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari
yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat
Tirmidzi).
Kelebihan Solat Jumaat
Solat
Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari
itu semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran
ALLAH daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.
Selain itu, hari Jumaat juga merupakan
satu hari yang cukup mustajab dan istimewa untuk kita semua berdoa
meminta pertolongan, nur dan hidayah daripada Yang Maha Esa.
Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir
solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.
Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor
lembu. Sesiapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia
seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat
keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir
solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat
menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa
yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk
solat semata-mata, tidak direkodkan di dalam buku kehadiran malaikat.
Malaikat Turun ke Bumi
Setiap hari Jumaat, Allah S.A.W
mengutuskan malaikat ke bumi, mencatat nama mereka yang ke masjid.
Malaikat-malaikat akan ke langit menyembahkan apa yang dicatatnya. Allah
S.W.T mengampunkan dosa-dosa mereka yang datang ke masjid.
Pada hari Jumaat juga, Allah S.W.T
mengutus malaikat ke muka bumi. Di tangan mereka kalam-kalam emas, juga
kertas-kertas daripada perak, berdiri di pintu-pintu masjid, mencatat
nama mereka yang masuk masjid, dan mendirikan sembahyang Jumaat.
Apabila
telah sempurna sembahyang, mereka kembali ke langit lalu berkata:
“Wahai Tuhan kami, kami telah catatkan nama mereka yang masuk masjid dan
menunaikan Jumaat.”
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“ Wahai Malaikat-Ku, demi kemuliaan dan kebesaran-Ku, sesungguhnya Aku telah ampunkan mereka, tidak berdosa sedikit pun.”
Perkara sunat di hari Jumaat
1. Perbanyakkan selawat.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Nasa'i, sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات ، وحطت عنه عشر خطيئات ، ورفعت له عشر درجات
(رواه النسائي)
Maksudnya: Sesiapa yang
berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh
kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat
baginya sepuluh darjat.
(Hadits riwayat an-Nasa’i)
2. Membaca surah Al-Kahfi
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa
yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya
daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat
dan diampunkannya antara dua Jumaat”
3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian.
Daripada Ibn Abbas, bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya hari ini (Jumaat)
ialah hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang
mendatangi solat jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki
minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah pula kalian
bersiwak(Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan)
4. Bersegeralah menghadiri solat jumaat.
Waktu masukke masjid, seolah berkorban untuk :
Awal waktu-unta
waktu kedua-seekorlembu
waktu ketiga - seekor kambing kibas
waktu keempat- seekor ayam
waktu terakhir-sebiji telur
5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam.
Samurah meriwayatkan daripada
Rasulullah s.a.w sabda Baginda yang bermaksud : Hadirilah khutbah dan
mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh
akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya (Riwayat Abu
Daud dan al-Hakim)
p/s: semoga bermanfaat..jom update CGPA akhirat dengan zikir "Ya Allah" untuk hari Jumaat.