“..memang hidup tak seindah, tak sesempurna kisah dongeng novel-novel islamik. Tapi sekurang-kurangnya aku mahu cuba juga untuk menjadi yg terbaik setakat termampu dalam kisah hidup aku sendiri...”
0

Terima kasih sahabatku

Assalamualaikum wbt..

"Allah menguji dengan sesuatu yang sangat kita sayang. 
Kita diberi cubaan dengan kehilangan. 
Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan. 
Kita terduduk berlinangan air mata saat impian kecundang. 
Sesungguhnya Dialah pemberi segala kerana segalanya kepunyaanNya. 
Saat ditarik nikmat yang ada,
Dia mengaturkan untukmu sesuatu yang lebih berharga."



Bait-bait aksara yang aku terima dari sahabat dunia akhirat ku,Awa. Yang selalu meluangkan masa mendengar keluh kesah tangis tawa di hidupku. Jazakallah khairan khatira ya sahabatku! Semoga Allah merahmati hidup kamu selalu.






0

Jika rindu...

Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.. 





p/s: jazakallah khairan khatira <3
0

Di hati hanya berdoa



“Mencintai tak semestinya memiliki”
Itulah kata-kata yang biasa kita dengar. Yang mana ia adalah sebagai peringatan agar kita sentiasa meletakkan pengharapan hanya kepada Allah bukan manusia atau kita hanya akan kecewa apabila meletakkan harapan kepada manusia.


" Apabila dirimu meminati seseorang, bermohonlah kepada Allah SWT agar hatinya akan kamu miliki. Jika kamu sangat menginginkannya dengan sebenar-benar keinginan, maka bermohonlah dengan sebenar-benar pengharapan.

Jangan sesekali kamu merayu pada si dia, kerana bicaranya mungkin akan membuatkan kamu terluka. Apabila hati dipersenda, pasti sebuah kekecewaan akan menerpa .

Namun, jika dirimu memohon terus kepada Allah, Penciptanya, dua kemungkinan sedia menanti kamu, iaitu mungkin dirimu mendapatkan hatinya atau mungkin kamu akan mendapat seseorang yang lebih baik darinya… " 
(Aidil Sahipaludin)






 



p/s: doa sebagai penguat diri
Back to Top