Kelebihan hari Jumaat
1. Berlakunya hari qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat muslim, Rasulullah
saw ada menyebut bahawa:
“Pada hari jumaat juga qiamat
akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu
daripada allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, Rasulullah saw
bersabda yang bermaksud :
“Hari yang dijanjikan ialah hari
qiamat. Hari yang disaksikan ialah hari arafah, dan hari yang menyaksikan ialah
hari jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang
lebih mulia dan afdal daripada hari jumaat.”
2. Nabi Adam diciptakan dan
baginda juga disingkirkan dari syurga.
Hari ini Nabi Adam a.s
diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga.
Daripada Abu
Hurairah katanya, Rasulullah saw bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit
matahari ialah jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. Diciptakan dan pada hari
itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu segala hari.
Jumaat ini adalah hari yang
sangat-sangat istimewa kerana islam meletakkan jumaat itu ketua dan lebih
sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.
Dalam suatu hadis Rasulullah
saw yang diriwayatkan oleh abu hurairah yang bermaksud:
“Jumaat dinamakan sebagai ‘saidul
aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak
kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah solat jumaat.
4. Selamat dari fitnah kubur bagi
yang mati pada hari jumaat.
Menurut Rasulullah saw:
“Tidak seorang muslim yang mati
pada hari jumaat atau pun malam jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada
fitnah kubur.”
5. Kebaikan dengan memotong kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang
memotong kuku pada hari jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit
dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya doa di antara dua
khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu
masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada allah sesuatu
kebaikan melainkan allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya
daripada sesuatu kejahatan melainkan allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis
riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah saw
daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari jumaat ada satu saat
yang bertepatan dengan orang islam ketika dia sedang sembahyang, di mana
tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan Rasulullah saw menunjukkan
isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah Bin Abi Al-Amusa
Al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a
pernah mendengar bahawa Rasulullah saw pernah menjelaskan bahawa waktu yang
paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga
solat selesai didirikan.
Hadith Rasulullah saw daripada Jabar
r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari jumaat, akhir waktu asar. (Riwayat
Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah saw lagi :
“Solat lima waktu (sehari
semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu)
selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
Semoga jumaat ini menjadikan kita seorang hamba Allah yang
lebih bertaqwa, lebih menyantuni, lebih berjaya dan lebih cemerlang…dunia &
akhirat!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
:)
Subhanallah.
Perkongsian yg amt bermanfaat.
alhamdulilah.. :)
Post a Comment